''agar kamu tidak bersedih hati atas apa yang luput daripada kamu, dan tidak pula terlalu gembira terhadap apa yang diberikanNya kepadamu. Dan Allah tidak menyukai setiap orang yang sombong dan membanggakan diri'' [al hadid: 23]
and say: praise be Allah, He will show you His signs so that you shall recognise them; nor is your Lord heedless of what you do [anNaml: 93]
Assalamualaikum wbt.
tahun baru 2013 bakal menjelma. teringat saat post yang hampir sama ditulis menjelang tahun 2012 lalu. pada saat malam tahun baru bakal menjelma. waktu itu saya di meja belajar di dalam bilik di rumah; masih di Malaysia. banyak yang saya azamkan. kini, saya menulis post yang hampir sama tapi dalam situasi yang berbeza. kini bukan lagi di tanah air sendiri, tapi jauh merentas benua ke pulau Ireland.
alhamdulillah banyak sangat yang Allah dah beri. alhamdulillah kalau dulu mahu yang terbaik dalam A Level. Allah beri lebih lagi. Alhamdulillah, kalau dulu mahu jadi insan lebih baik, Allah beri lebih lagi. Allah temukan dengan insan-insan istimewa untuk saya lebih kenal Allah. alhamdulillah kalau dulu nak minta agar Allah mudahkan perjalanan hidup, kini patut rasa sangat bersyukur sebab banyak sangat nikmat yang diperoleh. tak mampu nak hurai semuanya sebab memang tak mamapu nak hitung segala nikmat yang Allah beri.
tujuan post ini hanya satu, untuk luruskan kembali alignment matlamat hidup saya yang hampir bengkok pada saat mula-mula ingin sesuaikan diri di tempat baru. siapa kata belajar oversea seronok je. study free dapat duit untuk belajar ada duit lebih boleh jalan-jalan lagi. with great nikmat comes with great responsibility.
mulai hari ini, mahu belajar kerana Allah (memaknakan ungkapan lillahi taala). mulai hari ini, mahu lebih berfikiran positif pada setiap perkara yang berlaku dalam hidup, yakin ada hikmah pada setiap yang berlaku. mulai hari ini mahu jadi anak solehah yang bisa menggembirakan hati kedua ibu bapa dan masuk ke syurga bersama-sama mereka. mulai hari ini, mahu jadi kakak yang hebat dan penyayang kepada adik-adik di rumah yang sedang berusaha mencari identiti mereka sendiri. ya Allah, mudahkan urusan mereka. mulai hari ini, tidak mahu lagi menjadi seorang pelajar perubatan yang biasa-biasa, perlu jadi extraordinary. nama pun Muslimah, perlulah jadi lebih hebat berbanding orang biasa. mulai hari ini, mahu mengahrgai setiap insan yang muncul dalam kisah hidup saya kerana saya yakin Allah hantarkan mereka untuk mengajar saya sesuatu. mulai hari ini, mahu terus belajar untuk tabah dan sabar kerana yakin bahawa Allah sangat sayangkan saya :)
so mulakan langkah sekarang. it is never too late to learn.
nota 1: exam dah sangatlah dekat ;) takpe, Allah takkan pernah uji kita lebih daripada kemampuan kita right?
'' so when you recite the Quran, seek refuge with Allah from the accursed Shaitan. surely he has no authority over those who believe and rely on their Lord. His authority only over those who befriend him and those who associate others with Him'' [anNahl: 98-100]
assalamualaikum wbt.
selain dari petang Ahad yang sejuk diselubungi hujan renyai-renyai, segalanya indah di Dublin. memang lah kan tiada saat pun yang kita patutnya lalai dan leka dari mengingati Allah dan mensyukuri segala nikmat yang Allah beri. sewaktu tangan ini masih lagi mampu menekan papan kekunci laptop dan otak masih mampu berfikir untuk menulis, tidak cukup rasanaya untuk mengucapkan alhamdulillah.
tersebutlah kisah, ada seorang hamba Allah ini sangat mencintai sahabatnya, kerana sahabatnya ini selalu berada di sampingnya di saat dia susah mahupun senang. sahabat ini selalu menasihatinya andai dia melakukan kesalahan. sahabat ini sentiasa menyayanginya tidak kira apa jua yang dilakukan. lalu sebagai manusia biasa, dia juga menyayangi sahabatnya. tetapi, bukan kerana ALLAH tetapi hanya kerana sayangnya di a kepada seorang sahabat. hendak dijadikan cerita, sahabatnya itu mendapat tawaran belajar ke luar negara. disebabkan ini merupakan peluang yang tidak patut dilepaskan, sahabat itu terus menerima tawaran tersebut. lalu, si dia tinggal di tanah air seorang diri. disebabkan selama ini dia hanya punyai sahbat yang seorang itu, si dia berasa kehilangan yang teramat sangat. dia rasa tiada tempat bergantung dan selalu keseorangan. dia berasa sedih kerana ditinggalkan. dia merasakan bahawa sahabtnya itu telah melupaknnya setelah mendapat teman baharu yang lebih seronok dan memahami dan sama taraf kerana sama-sama belajar di luar negara.
hendak dijadikan cerita, si dia masuk ke pusat pengajian tinggi awam di tanah air. di situ, dia dipertemukan denagn teman sebilik yang baru. teman sebiliknya itu merupakan seorang yang sangat baik, lemah lembut, penyayang dan paling penting sangat mencintai Allah dan rasulNya. dia berasa agak janggal dengan teman sebiliknya ini. dia merasakan seolah-olah berada di tempat baru dengan suasana yang berbeza. teman sebiliknya itu sering mengejutkannya pada waktu pagi untuk menunaikan solat subuh. temannya itu selalu mengajaknya turun ke suran kolej untuk menunaikan solat jemaah bersama-sama. di situ dia bertemu dengan lebih ramai orang yang juga sangat mencintai Allah dan rasulNya. mereka berkongsi pelbagai kisah sahabat Rasulullah yang katanya sangat comel. pada mulanya, dia berasa janggal malah pelik bagaimana mereka boleh sangat mengenali Rasulullah serta para sahabat sedangkan mereka merupakan orang dahulu kala dan kisah mereka hanya tinggal sejarah.
tapi, dia mula berasa seronok bergaul dengan teman-teman yang mencintai Allah dan RasulNya itu. dia berasa seronok mendengar kisah para sahabat yang juga sangat mencintai Rasulullah. dia juga merasa selesa denagn teman-teman itu keran mereka tidak membezakan dia dengan sahabat-sahabat yang telah lama mereka kenali. mereka melayannya dengan baik seolah-olah dia juga merupakan sebahagaia dari orang-orag yang sangat mencintai Allah dan rasulNya.
tapi, bila sendiri, dia akur lalu bertanya keapada diri sendiri, adakah dia layak untuk berada dalam kalangan orang-orang yang juga mencintai Allah dan RasulNya? adakah selama ini dia berpura-pura semata-mata inginkan kasih sayang seorang sahabat yang telah lama dia dambakan? dengan rasa serba salah dan ragu-ragu, dia terus bertanya kepada teman sebiliknya yang pada waktu itu sedang membaca alQuran.
''awak, kenapa saya lihat teman-teman di surau itu, wajah mereka semua berseri-seri seolah-olah tiada masalah yang membelenggu fikiran mereka? awak, kenapa mereka semua saling sayang menyayangi dan sangat mudah memaafkan andai ada sesiapa yang mekaukan kesalahan? awak, bagaiamana mereka semua boleh sangat mencintai Allah dan Rasulnya?''
sambil tersenyum, teman itu menjawab, ''mereka berukhuwah atas dasar fillah. ukhuwah fillah katanya. kerana Allah. orang-orang yang beriman, mereka sangat mencintai Allah dan rasul kerana mereka tahu hakikat kejadian mereka. mereka tahu dari mana mereka datang, apa tujuan mereka dilahirkan dan ke mana mereka akan dikembalikan. tidak sempurna iman sesorang itu andai dia tidak mencintai saudaranya sebangaiman dia mencitai dirinya sendiri. dengan ukhuwah fillah itu, mereka berharap agar dapat sama-sama berpimpin tangan ke syurga. insyaAllah dengan redha Allah''.
lalu dia tersenyum sendiri. ukhuwah fillah rupanya. inilah rahsia erat hubungan mereka, lebih rapat dari isi dengan kuku, dia berasa bersyukur keranan telah dipertemukna denga teman sebiliknya. dia berazam untuk menjalinkan ukhuwah fillah dengan teman sebiliknya itu serta teman-teman lain yang selalu ditemui di surau kolej. dia berazam untuk lebih banyak belajar daripada teman-teman itu dan dia juga tidak inign ketinggalan dalam barisan mereka berpimpin tangan ke syurga.
namun, hidup tidak selalunya indah, langit pun tak selalu cerah. teman sebiliknya itu terpaksa pulang ke kampung halaman serta merta dan tidak sempat menghabiskan pengajian. rupa-rupanya ayahnya baru meninggal dunia dan ibunya sedang sarat mengandung adik yang kesebelas. sebagai anak sulung, sahabatnya itu mengambil keputusan untuk mengambil alih tugas ayahnya sebagai ketua keluarga demi membantu ibu di kampung dan membesarkan adik-adik yang lain. sebagai anak sulung, temannya itu berasa bertanggungjawab untuk membantu meringankan beban ibunya di kampung.
dia berasa sedih kerana tepaksa melepaskan sahabat ini pergi. dia merasakan bahawa belum cukup tempoh untuk dia belajar dari teman sebiliknya itu. dia merasakan bahawa dia masih memerlukan sahabat itu untuk memimpinnya ke syurga.
namun dia sedar tanggungjawab sahabatnya itu. dia mula teringat ungkapan ukhuwah fillah. dia teringat bahawa mereka berjanji untuk bersahabat kerana Allah. dia teringat bahawa dia masih punyai Allah sebagai tempat bergantung, dia teringat bahawa ini semua aturan Allah yang maha Adil lagi maha Bijaksana. dia redha melepaskan sahabatnya pergi kerana dia tahu keluraga sahabatnya di rumah lebih memerlukan. dia tidak mahu melupakan Allah; yang telah memberikan hadiah seorang sahabat yang mengingatkannya kepada Allah. benarlah kata sesorang, kadang-kadang kita terlalu meyukai hadiah itu sehingga kita terlupa kepada pemberi hadiah. lalu dia tidak ingin lupa bersyukur kepada pemberi hadiah.
dia berjanji kali ini dia tidak akan berasa lemah walaupun sahabatnya itu tidak lagi berada di sisi. dia tahu bahawa sebenarnya Allah tempat sebenar untuk dia bergantung. Allah lebih dekat dari urat nadi. dia tahu, andai dia rindukan sahabtanya itu, dia boleh kirimkan doia agar Allah sentiasa menjaga sahabantnya itu, dia tahu bahawa Allah sentiasa di sisinya menemaninya andai dia dalam kesulitan mahupun kemudahan. hatinya terdetik, kenapa begitu mudah dia melepaskan sahabatnya ini pergi, tetapi tidak mudah untuk dia melepaskan sahabat dahulu yang pergi belajar ke luar negara? dia ingin lebih belajar tentang ukhuwah fillah. lalu, dengan memakai telekung, dia menyarung sandal menuju ke surau untuk menunaikan solat maghrib berjamaah.
nota 1: saya penulis amatur, maafkan segala kehilafan. nota 2: ini merupakan kisah sebenar yang telah dicampur aduk hasil pengamatan dan pembelajaran tidak formal daripada orang sekeliling saya. nota 3: ingin dedicate lagu ini supaya kita tidak lupa kepada Pemberi Hadiah yang Agung, Allahu Rabbi
''sungguh, yang membuat seseorang sombong dan bangga diri bukanlah kelebihan-kelebihan yang dimilikinya, melainkan pikirannya yang dangkal dan jiwanya yang sempit''
jujurnya, saya bukanlah orang yang tepat untuk anda bertanyakan hal ehwal Palestin. saya mengaku, saya lalai. saya mengaku, saya alpa. saya mengaku, saya hanya fikirkan tentang diri sendiri. astaghfirullah.
tapi, sejak kebelakangan ini, saya berasa terpanggil untuk menyuarakan apa yang terbuku di hati. ya, sejak peristiwa pengeboman Palestin beberapa hari yang lalu. sejak teman serumah menyatakan betapa sedihnya beliau melihat nasib saudara seIslam di Palestin. sejak kicauan-kicauan dan status muka buku heboh dengan perkembanga terbaru tentang Palestin, saya mula sedar sendiri. kenapa ya saya tiada rasa? hati batu mungkin?
koreksi diri, lalu saya temukan jawapannya. saya terlalu sibuk dengan diri sendiri sehingga lupa akan hak orang lain pada diri saya. saya sibuk mengejar kenikmatan dunia semata-mata untuk kesenangan diri sendiri sahaja. saya lupa yang masih lagi ramai saudara darah daging serta saudara seaqidah yang memerlukan kehadiran saya di sisi mereka. saya terlupa bahawa setiap Muslim itu bersaudara. saya terlupa bahwa saya perlu kisah akan apa yang terjadi pada saudara Muslim saya di sana.
analogi mudah, apa yang saya rasa andai ibu bapa saya sendiri yang berada di sana, berjuang mempertahankan agama. adakah saya hanya akan memandang dan berharap mereka berjaya mengalahkan musuh? tidak bukan? bila terkena batang hidung sendiri barulah hendak sedar kan? bila diri sendiri terkena barulah nak harapkan pertolongan orang lain. walhal, dahulu kita tidak pernah kisah untuk membantu orang lain.
buktikan kita juga kisah tentang mereka.
bagaimana? boikot produk Yahudi? ingati mereka dalam doa harian kita? sudah tentu. tapi lebih baik lagi andai kita sendiri sedar tanggungjawab kita sebagai seorang Muslim. kita sendiri sedar akan peranan kita sebagai duta Islam dengan hijab di kepala. saya sendiri perlu sedar bahawa setiap mukmin itu bersaudara, dan saya sendiri perlu menghayati perit jerih yang terpaksa mereka lalui untuk mempertahankan tanah wakaf orang Islam itu. banyak lagi yang perlu saya pelajari T_T
In Sha Allah, moga Allah mudahkan. urusan kita dan urusan mereka. urusan dunia dan urusan akhirat. biidznillah.
''surely Allah has bought of the the believers their person and their property for this, that they shall have their gardens, they fight in Allah's way, so they slay and are slain, a promise which is binding on Him in the Taurat and the Injil and the Quran, and who is more more faithful to his covenant than Allah? rejoice therefore in the pledge which you have made; and that is the mighty achievement. they who turn to Allah, who serve Him, who praise Him, who fast, who bow down, who prostrate themselves, who enjoin what is good and forbid what is evil, and who keep the limits of Allah; and give good news to the believers.'' [Surah Taubah: 111-112]
nota: masih lagi sedang belajar mengenai diri sendiri dan erti hidup :) doakan
Alhamdulillah masih hidup sehingga ke hari ini. Alhamdulillah masih sempat merasai nikmat iman dan Islam di bumi Allah yang luas ini. baru sahaja habis berhubung dengan keluarga tersayang di Malaysia. rindu dan teringat akan kemeriahan berada di rumah.
tapi, nikmat Allah yang manakah yang ingin kita dustakan? berada di bumi Allah Ireland merupakan antara nikmat besar yang saya peroleh. teringat pula lirik nasyid Lukisan Alam by Hijjaz: ''dalam tenang awasi kealpaanmu''. memang terasa nak merungut pun malu sebenarnya. kalaulah terasa susah belajar di RCSI itu, fikirkan kembali segala kesusahan yang sebelum ini ynag telah kita lalui. perasan tak siapa yang bantu kita lepasi semua halangan itu? ya benar, kekasih hati kita, Allah swt. teringat kata-kata teman serumah ''Allah tak pernah janjikan hidup di dunia ini indah belaka, tapi Allah selalu berjanji untuk berada di sisi kita''. *cheer up*
National University of Ireland, Galway
sebenarnya tujuan post ini ditulis untuk berkongsi kesyukuran berkunjung ke Galway minggu lalu. tujuan berkunjung ke sana sebenarnya hanyalah untuk memenuhi jemputan seorang kakak senior sekolah yang belajar di NUIG (National University of Ireland Galway). secara keseluruhan, suasana di sana sangat berbeza dari Dublin. di sana boleh jumpa banyak kambing biri-biri. di sana, banyak rumah-rumah batu yang comel dan menarik perhatian. di sana, banyak tasik dan sungai serta laut yang indah pada pandangan mata saya. di sana, anginnya lebih kencang berbanding Dublin. jika anda sangka angin di UCD itu boleh memberhentikan perjalanan anda, angin di Galway boleh menerbangkan kita *ok exaggerate* ahah. tapi yang lebih penting, kami pergi ke Cliff of Moher untuk melihat kebesaran Illahi. hati terasa syahdu melihatkan kekuasaan Allah menggerakkan ombak yang menghempas dinding cliff. terasa malu melihatkan gigihnya ombak berzikir kepada yang Maha pencipta. alhamdulillah walau dilanda cuaca yang tidak mengizinkan dengan hujan yang lebat, terasa sangat bersyukur sebab berada di sini dan terdiam saya di dalam bas memikirkan betapa bersyukurnya saya berada di sini.
River Corrib dari atas jambatan dalam perjalanan balik ke Dublin
Cliff of Moher, dari jauh. tak berani nak pergi dekat macam dalam video clip Westlife; My Love
alhamdulillah, itu cerita minggu lalu. minggu ini bukan lagi minggu untuk berjalan-jalan rehalah riadah ataupun jaulah. saya perlu menyiapkan projek untuk Health Behaviour and Society yang menyumbang kepada markah akhir semester kami. saya juga perlu mengulangkaji pelajaran untuk Card Signing kedua dalam semester ini. doakan segalanya dipermudahkan. teringat perbualan dengan ayah, ''kalau kita suka apa yang kita buat, insyaAllah tidak terasa bebannya. kalau kita niatkan kembali apa yang kita buat semata-mata untuk peroleh redhaNya, memang terasa ringan badan untuk melaksanakan tanggungjawab kepadaNya''. insyaAllah :) cheer up, Allah kan ada.
sekian, catatan ringkas, perlu bersegera melaksanakan kerja yang tertangguh. buat yang membaca, salam rindu dari Dublin :) wassalam.
''if you want to travel fast, travel alone. but if you want to travel far, travel with a friend''-X-
alhamdulillah alhamdulillah alhamdulillah. kalau nak bersyukur mudah je kan sebenarnya. memang malu je kat Allah kalau dalam banyak-banyak nikmat yang kita dapat ni tak satu pun kita syukuri.
ketika post ini ditulis, saya baru sahaja pulang dari Wicklow Mountains National Park. kawasan peranginyang sangatlah berbeza dari Dublin ini. inilah kali pertama kot dapat keluar dari kota Dublin sepanjang sebulan berada di sini. bagaiman ye perasaanya? puas kot. puas dapat lihat keindahan alam ciptaan Allah. puas dapat merasakan ketenangan dengan tiupan angin yang bertiup sepoi-sepoi bahasa. puas melihat pokok-pokok gunung-ganang dan tasik yang semestinya memukau mata sesiapa sahaja yang memandang.
benarlah kata teman-teman tadi, walau bagaiman indah sekalipun alam ciptaan Tuhan, tidak dapat digambarkan dengan kata-kata dan tidak dapat dibuktikan oleh sekeping fotograf. hanya sepasang mata yang dipinjamkan Allah ini sahaja yang mampu menjadi saksi bahawa alam ini memang sedang berzikir kepada Allah. over pulak description kan. sebenarnya memang lega perasaan saya dan Fatin (cik roomate yang rajin menemani saya) selepas pulang dari sana. memang rasa macam escapisme dapat melepaskan lelah setelah habis card-signing (baca: ujian anatomi secara oral) semalam.
kredit buat mereka yang menemani perjalanan saya hari ini. buat Fatin Nabila yang sentiasa sabar dengan karenah saya, buat Syarena Hilda dan Ain Sofea yang sedia mengajak, buat Haleeda Hamidi, Ezza Ruzaina, Hanishah, Kak Eva dan Kak Kd, yang menjadi tour guide, yang menjadi penunjuk arah, yang menjadi peneman serta yang menjadi pendengar setia, terima kasih untuk hari ini, lain kali jangan lupa ajak lagi :)
sedikit sebanyak, terisi juga masa di sini dengan berjalan-jalan yang bukan kosong, tapi jalan-jalan dalam usaha membina diri menjadi manusia lebih baik :)
mari mulakan langkah baru!
teruja dengan musim luruh :) le housemates. not in the pic: syikkin and iqa
wassalam.
nota 1: sejak kebelakangan ini semakin sibuk, dan semakin kurang idea untuk menulis. takpelah a picture worth a thousand words kan.
nota 2: seriously, Dr Sarah Shukor sangat inspiring :)
''lets learn because we love the knowledge, not just because we want to be able to pass the exam. if we pass the exam, we have to seek for job but if we conquer the knowledge, the job will seek us, insyaAllah. studying and seeking for knowledge is also an ibadah if you set your intention right''
salam perantauan dari Dublin, Ireland. hari ini sudah tepat tiga minggu di Dublin. tidak ada yang lebih mengujakan berbanding dengan musim sejuk yang bakal tiba tidak lama lagi. waktu siang semakin pendek dan waktu malam semakin panjang. namun, apa yang lebih merisaukan, suhu persekitaran yang semakin sejuk hari demi hari. dijangkakan bahawa tahun ini salji bakal turun di Ireland. teruja? nantikan bagaiman perasaan berjalan di atas air batu ke kelas. cuaca sejuk di musim luruh ini pun sudah memberatkan hati untuk keluar rumah, tidak tahulah apa yang bakal terjadi pada musim sejuk nanti.
alhamdulillah, semuanya berjaaln lancar. semakin sibuk dengan jadual harian yang semakin padat. dahulu, kelas bermula kira-kira jam 9 ke 10 pagi dan berakhir jam 2 ke 3 petang. kini, kelas bakal bermula seawal 8 pagi dan berakhir jam 4 ke 5 petang. ya Allah mudahkan urusan kami. bukan jadual waktu padat yang saya risaukan, tapi bagaiaman agaknya rasa untuk keluar seawal jam 7.30 pagi untuk ke kelas yang bermula jam 8 pagi. memang kebas hidung agaknya ditiup angin kencang lautan Atlantik.
alhamdulillah, kehidupan di RCSI semakin baik. komuniti Muslim agak besar di RCSI dan wujudlah prayer room yang sederhana besar dan sesuai untuk bersolat jemaah. komuniti Muslim datang dari pelbagai negara dan kebanyaknnya datang dari Asia Barat dan Malaysia sendiri. dalam lecture hall, kebanjiran pelajar Malaysia terserlah apabila ramai yang berwajah Melayu mendominasi bahagian tengah dan hadapan lecture hall. jelaslah bahawa budaya semangat belajar dalama kalangan rakyat Malaysia masih menebal dan terserlah di Ireland.
RCSI merupakan kolej perubatan yang telah ditubuhkan sejak tahun 1784. jadi boleh bayangkan bagaimana klasiknya bangunan ini di tengah kota metropolitan Dublin. tapi yang menariknya di sini, seni bina bangunan lama masih lagi dikekalkan termsuklah di Trinity College Dublin, pajabat pos, Ulster bank dan banyak lagi.
banyak juga wajah Malyasia yang kelihatan di tengah-tengah kota Dublin menjadikan Malaysia bukan sebuah negara asing di sini. rupanya, di Dublin, memang ramai yang bukan berwajah Caucasian. banyak juga ynag berwajah Asia seperti dari China, Jepun, Korea, berwajah nusantara seperti Malaysia, Indonesia, Singapura dan Filipina, juga yang berwajah arab seperti dari UAE, Kuwait dan Arab Saudi. di RCSI sendiri, para pelajarnya datang dari lebih kurang 52 buah negara dari seluruh dunia. jadi anda boleh bayangkan pelbagai warna kulit yang boleh dijumpai di dalam bangunan kotak RCSI itu sendiri. this is mini United Nation, bak kata Dean.
so far, pembelajaran semakin sibuk. kelas di Anatomy Room menggesa saya untuk segera memahami dengan cepat apa yang diperkatakan oleh pensyarah berbangsa Irish yang bercakap dengan laju dan pekat dengan loghat Irishnya. insyaAllah akan diusahakan kelak. pelbagai ujian (card signing, mid term MCQ test) yang bakal mendatang turut membuatkan saya berfikir dua kali untuk keluar berjalan-jalan di hujung minggu. tapi nak kata apa kan, nama pun pelajar perubatan. insyaAllah dipermudahkan segalanya nanti. kalau kita tidak sibuk membuat kebaikan, mungkin kita akan sibuk membuat perkara lain yang tidak bermanfaat. insyaAllah.
setakat inilah catatan singkat pada malam ahad ini. perlu segera menyambung sesi ulangkaji modul Concept nad Principle of Biomedicine. insyaAllah.
wassalam.
nota 1; what doesnt kill you makes you stronger
nota 2: kalau kita mudah bersangka baik kepada orang, orang juga mudah bersangka baik kepada kita
nota 3: it doesnt kill you to say thank you and sorry for every single thing that people did to you and you did to others. insyaAllah
''dan milik Allah timur dan barat. kemanapun kamu menghadap, di situlah wajah Allah. Sungguh, Allah Maha Luas, Maha Mengetahui''[2:115]
my big family at KLIA on the day of departure. missing them a lot lately <3 td="td">3>
alhamdulillah, saat post ini ditulis, sudah hampir dua minggu berada di benua asing, tapi masih pagi di muka bumi Allah yang luas terbentang. alhamdulillah, masih lagi dalam proses penyesuaian diri di tempat asing dengan suasana dan cuaca yang berbeza dari tempat sendiri. alhamdulillah Allah mempermudahkan segalanya.
banyak perkara untuk saya syukuri. alhamdulillah dengan keselamatan perjalanan saya dari Kuala Lumpur ke London dan seterusnya ke Dublin, semuanya berjalan lancar. dalam masa dua hari perjalanan merentas benua yang sangat meletihkan, saya kuatkan hati dan reset minda tentang mengapa saya datang ke sini. meninggalkan keluarga yang disayangi jauh di mata, pengorbanan ini bukan sesuatu yang biasa-biasa.
banyak sebenarnya pengalaman yang tidak dapat dilupakan sepanjang dua minggu ini. paksi hidup saya telah berubah sama sekali. banyak sekali perkara yang pertama kali dilakukan. bermula dengan meninggalkan keluarga di eskalator menuju balai berlepas di KLIA (dengan air mata yang tidak dapat ditahan), pertama kali menaiki kapal terbang untuk pergi ke tempat yang jauh dan pertama kali ke negara yang bermusim sejuk. alhamdulillah, tidak ada perkara yang tidak diingini berlaku sepanjang perjalanan melepasi sekatan kastam di tiga buah negara. alhamdulillah.
Spire of Dublin at Dublin City Centre
first impression untuk tempat yang baru saya duduki ini, Ireland merupakan negara asing yang sangat berbeza dari negara saya sendiri, Malaysia. bermula dengan angin yang bertiup kuat dan hujan rintik-rintik yang cukup membasahkan dan pancaran matahari yang sedikit pun tidak memanaskan, semuanya kelihatan asing di sini. pertama kali membuka stokin di rumah, kaki terkejut merasakan sejuknya lantai di sini. pertama kali membuka pili air, tidak tertahan rasa sejuknya bagai air batu untuk membasuh tangan. tiga hari pertama di sini, setiap kali waktu makan, kami dijamu oleh akak-akak senior yang sangat baik hati dan memahami. setiap hari kami dibawa mengelilingi kota Dublin untuk membeli barang keperluan. bermula dengan proses pencarian pakaian sejuk, duvet dan cadar katil, sarung tangan dan kaki untuk menahan sejuk sehinggalah stok makanan di rumah.
seawal hari pertama, kami telah dibawa ke mercu tanda dublin (Spire of Dublin) berhadapan dengan Liffey River yang menelusuri tengah kota Dublin. kejadian tidak diingini berlaku pada saat pertama kali tiba di Dublin, seorang rakan telah terkena dengan penyeluk poket di tengah Dublin City Centre. kejadian ini sangat mengejutkan kami semua yang sangat teruja pertama kali ke Dublin.tapi biasalah manusia kan, rambut sama hitam tapi hati lain-lain. jadi kitalah yang perlu berwaspada dan berdoa sebelum memulakaan perjalanan agar Allah selamatkan kita.
alhamdulillah, kini sudah tepat dua minggu berada di Dublin. banyak sangat yang ingin diceritakan tapi tidak dapat disusun dalam ayat yang sempurna. nantikan post seterusnya insyaAllah :)
wassalam.
nota 1: kelas di RCSI telah bermula, saya masih lagi dalam mood terkejut melihatkan schedule yang penuh. ya Allah permudahkan
nota 2: alhamdulillah setakat ni saya sihat di Dublin. makanan halal mudah didapati. produk tenusu berada di mana-mana. kalau orang sangka saya makin kurus bila pulang ke Malaysia, jangan terkejut jika sebaliknya yang berlaku.
nota 3; so far kelas Anatomy merisaukan saya. dengan Irish accent yang agak sukar di'catch up', saya perlu kerja keras terutamanya di Anatomy Room. perlu menjadi as competitive as the Irish, Candian, Saudi Arabian and Singaporean.gambatte
pada saat post ini ditulis, kurang lebih 8 jam lagi bakal bergerak ke KLIA meniggalkan rumah tersayang di tanah air tercinta, Malaysia. alhamdulillah perasaan bercampur baur. mungkin sedih bakal meninggalkan keluarga, mungkin gembira bakal berjumpa teman-teman seperjuangan, mungkin gementar kerana bakal memulakan pengajian sebagai seorang bakal doktor, dan mungkin teruja bakal ke tempat orang.
bukan mudah untuk sampai ke tahap ini. alhamdulillah Allah banyak membantu (jangan mengeluh adik-adik ^^) dengan yakin bahawa Allah sentiasa di sisi dan bersedia untuk DREAM BIG, kita semua pun boleh insyaAllah.
kuatkan semangat, sematkan azam di dada untuk belajar bersungguh-sungguh dan tidak akan pernah mengaku kalah demi Islam yang tercinta. demi menjadi seorang doktor Muslimah yang dapat menjaga aurat pesakit-pesakit wanita yang memerlukan perlindungan.
Ya Allah, mudahkan urusan kami pada hari ini, perbetulkan niat kami, temukanlah dengan orang-orang yang mencintaiMu dalam jalan cerita hidup kami, insyaAllah :D
saya bakal rindukan pokok, langit, dan bendera ini
nota: doaakan saya selamat tiba di Dublin. post di Dublin mungkin tertunda sehingga saya mendapat laptop baharu :)
"orang yang dicintai Allah tidak akan bangun pada tengah malam semata-mata untuk menyelesaikan hal keduniaan, tapi suasana sunyi itu membuatkan dirinya tersedar untuk mengakui kesilapan, mohon kepadaNya untuk bertaubat dan berlumba-lumba memenuhi malam itu dengan amalan yang dapat mendekatkan dirinya kepada Allah"-x-
alhamdulillah segalanya berjalan lancar setakat ini. doakan segalanya akan terus berjalan lancar sehingga pada hari saya ke KLIA, saat saya menaiki A380 ke Dublin, saat saya menjejakkan kaki ke bumi Allah di Dublin, dan saat saya menjejakkan kaki ke rumah sewa dan seterusnya memulakan hidup sebagai seorang pelajar perubatan. saya sangat perlu bertawakkal kepada Allah. pernah juga beberapa hari yang lalu, saya mengalami mental breakdown lalu tertumpah jua air mata di hadapan emak. setelah refleksi diri, semuanya berpunca kerana saya lupa meletakkan tawakkal dan percaya kepada Allah. pada masa itu saya merasakan bahawa saya perlu buat yang terbaik agar semuanya berjalan lancar. alhamdulillah Allah masih sayangkan saya. inshaAllah selepas ini perlu lebih banyak bertenang dan beristighfar. tinggal kurang lebih 18 hari di bumi Malaysia.
alhamdulillah saya sudah mendapatkan buku Monkhouse for Anatomy, dan buku Lippincott for Biochemistry, sepasang stethoscope hijau, labcoat lengan pendek dan surgical glove. inshaAllah cukup setakat ini. saya juga telah mendapatkan check in luggage seberat 3.5kg di Parkson Subang Parade. harap-harap tak terlebih lah berat 20 kg seperti yang ditetapkan pihak MAS. bosanlah cerita pasal shopping kan.
pengalaman menarik tak dapat saya lupakan, hari Ahad lalu, saya bersama mak dan ayah bergerak ke KLIA demi menghantar teman-teman yang bakal ke Dublin terlebih dahulu. mereka bakal mendaftarkan diri di University College Dublin, berlainan dari saya yang inshaAllah bakal ke Royal College of Surgeon in Ireland. dapatlah saya lihat gelagat mereka di airport, bermula dengan kesibukan menimbang check in luggage yang kebanyakan terlebih muatan.jadi, apa boleh buat, di tengah orang ramai itu, keluarkan isi beg dan masukkan ke dalam beg lain untuk ditinggalkan di Malaysia. tidak lupa juga ada yang mengabadikan kenangan bersama keluarga sebelum berangakat. sayalah yang menjadi photographer nya.
a glimpse of how RCSI look like-credit to Syarena Hilda fb
the UCD for Syarena Hilda - credit to Syarena Hilda fb
setelah tamat check in luggage, mereka berkumpul di bahagia lain di aras 5 itu untuk mendengar taklimat daripada pihak penaja, JPA dan dari pihak MAS. disebebakan penerbangan ini bukan penerbangan terus ke Dublin, para pelajar pelu menumpuakan perhatian tentang penerangan mengenai transit di Heathrow Airport, London.mereka perlu bergerak dari terminal 4 ke terminal 1 untuk penerbangan ke Dublin dari London. mereka juga diberikna boarding pass, passport, student tag dan tiket penerbangan.
kira-kira jam 7.00 malam, taklimat ditamatkan dan para pelajr bersurai dan boleh meluangkan saat-saat akhir bersama keluarga sehingga jam 9.30 malam. setelah urusan saya selesai, saya bergerak pulang selepas menunaikan soalt fardhu maghrib. alhamdulillah. saya doakan perjalanan mereka selamat. sebelum tidur, saya masih memikirkan mereka dan apa perasaan saya pabila saya berada di tempat merek kelak. alhamdulillah, sewaktu post ini ditulis, mereka telah selamat tiba di Dublin.
esok, 6 September, tiga orang rakan sekelas di Intec bakal berlepas ke Ukrida, Jakarta, buat Nik Nabila, Ummu Hanani dan Radhi Kamal, selamat menempuh pengalaman baru di tempat orang. semoga kita menjadi manusia yang lebih baik selepas ini. buat Anis Nadirah di UPM, happy becoming birthday. May Allah bless ur life, and hopefully you will graduate with flying colours and become a muslimah doctor. insyaAllah.
Sabtu dan Ahad ini, dua orang lagi sahabat bakal berlepas insyaAllah ke India. Fatimah Aqilah dan Nur Sakinah, anda berdua anatara orang yang signifikan dalam hidup saya. saya doakan anda berdua selamat sampai dan sejahtera di tempat orang. takziah buat keluarga dua orang pelajar Malaysia yang terlibat dalam kemalangan di Rusia awal minggu ini. Innalillahi wainna ilaihi rajiun.
nota 1; setakat ini bagasi saya telah mencapai berat 14.5 kg hasil nasihat emak. banyak barang telah dikeluarkan daripada list kerana trauma bagasi melebihi berat yang telah ditetapkan MAS. insyaAllah.
nota 2: tahun ini, adik-adik saya bakal menduduki UPSR, PMR dan SPM. mak saya sedang sibuk memikirkan hal anak-anaknya. harapnya mereka dapat melakukan yang terbaik demi masa depan dan demi agama.
assalam wbt.
mula-mula sekali saya ingin mengajak semua pembaca koreksi balik niat dalam diri sendiri apa tujuan hidup di dunia, apa tujuan belajar luar negeri, dan apa tujuan belajar nak rak semat-mata nak skor? nak bagi bangga mak bapak? supaya dapat kerja bagus dan dapat gaji besar hidup bahagia? supaya orang pandang tinggi? sebab apa ya? saya yang hina ni pun dah terlupa banyak. tapi saya terbaca post seorang mujahidah yang sangat optimis ini, hati saya terusik. jadi sama-sama lah perbetulkan niat :)
insyaAllah Alhamdulillah Allahu akbar. hari ini perjumpaan dengan penaja kami, JPA berkenaan taklimat pra-penerbangan sudah selesai. alhamdulillah segalanya berjalan lancar. segala isu berkenaan dengan JPA (gagal dua kali dalam peperiksaan, tajaan akan ditamakan ye) berkenaan penerbangan dengan pihak MAS (bagasi tidak boleh melebihi limit 20 kg dan hanya satu beg untuk check in luggage; ucd telah disahkan untuk berlepas pada malam ahad 2 sept ini. RCSI, insyaAllah 22 sept jam 1140 malam di KLIA, transit di Heathrow, London barulah mengambil penerbangan lain ke Dublin) dan akhir sekali taklimat dari pihak bank.
setakat ini, tidak banyak persiapan yang telah saya lakukan semenjak dari hari result keluar. saya masih lagi sibuk dengan majlis sempena aidlifitri dan rumah terbuka. (kerana saya mempunyai ibu yang suka mengajak kawan-kawannya datang ke rumah makan-makan, saya pun terheret ke dapur untuk membuat kerja-kerja anak dara). saya hanya menghadiri program-program pre departure yang dianjurkan pihak PMC dan JPA. hasilnya, seolah-olah saya seorang sahaja yang belum bersedai betul-betul untuk menjadi lalat (fly). saya seorang sahaja yang belum pergi ke Syarikat Kamal untuk membeli si Monkhouse teman rapat Cik Anats, belum mendapatkan rantai sakti stethoscope di Ollivander's dan saya seorang sahaja yang belum mendapatkan jubah putih dan sarung tangan biru uniform khas pelajar perkhidamatan kesihatan. nampaknya hujung minggu ini perlu segera mengajak ayah ke Kuala Lumpur (destinasi:Sy Kamal) pada awal pagi.
walau saya belum packing sehelai baju pun lagi, saya sudah menyiapkan checklist barang-barang yang perlu dibawa. kategori pakaian yang paling penting. ayah tidak menyarankan saya berbaju kurung setiap hari seperti kebiasaan saya di Intec. ayah saranakan saya beli baju labuh ala-ala busana muslimah tu, untuk dipadankan dengan seluar. walau bagaimana saya cintakan baju warisan ornag melayu itu, saya memang akan kalah kalau berlawan bicara dengan ayah.
saya juga bercadang hendak membeli sneakers dan sport shoes untuk digayakan ke kelas nanti. menurut para kakak senior, cuaca di sana sangat berangin dan kadangkala hujan. jadi sesuaialah agaknya pakaian saya dengan suasana di sana. tiada peluang untuk menjadi perempuan melayu terakhir T_T
saya juga bercadang membeli alat tulis dari sini. tidak lama lagi saya akan serbu Pustaka Bawang yang terletak di atas bukit di seberang jalan dari rumah saya ini. saya berazam mahu membeli pen biru, hitam, merah berpaket-paket, pembaris panjang dua, etc. kenapa beli banyak-banyak ye? sebab di sana alat tulis ini sangat mahal dan tidak berbaloi membeli di sana.
setakat itu sahajalah list shopping saya. belum terfikir lagi benda lain. oh ya, baju sejuk tidak perlu dibeli di sini kerana harganya lebih mahal dan tidak banyak pilihan di Malaysia. tapi mungkin saya akan dapatkan satu untuk persediaan awal menghadapi tiupan angin kencang di bumi Dublin (kencang ke? saya pun tak tahu what to expect).
sebenarnya hari ini saya bercadang ingin bertemu dengan bekas teman seumah di kolej dahulu. dia bakal ke Manipal Medical College di India. dahulu, kami di bakal ke universiti yang sama. namun, jodoh kami tidak panjang. siapa boleh halang aturan Allah kan? mungkin dia bakal bertemu peluang, pengalaman dan tarbiyah yang lebih baik di sana. jadi saya relakan sahaja. nak dijadikan cerita, rumah saya dengan rumahnya tidaklah jauh tapi, dia tidak pernah berkunjung ke rumah saya. tapi, dek kerana Mak Tamnya tinggal berdekatan dengan rumah saya, hari ini dia samapi jua ke rumah saya. perancangan awal untuk berjumpa dengan lebih ramai sahabat tidak kesampaian. nasib baik Syaren Hilda juga berkunjung ke rumah saya. dapatlah kami bertiga bertemu. sedih juga melepaskan dia pulang. tidak tahu bila lagi kami dapat berjumpa kerana destinasi masing-masing sudah berbeza. tapi, tidak apa, saya tahu Allah akan jaga dia :) people say, there is never "goodbye" but there is always "till we meet again". insyaAllah. selamat melangkah ke alam baru sahabat-sahabat.
from left: nur sakinah, syarena hilda, sakinah. missing: tan jing shin
insyaAllah saya akan update lagi persiapan saya sebelum berlepas ke tempat orang dalam post yang seterusnya. doakan idea kreatif keluar mencurah-curah ;) till then take care. pray to Allah. always.
wasalam.
nota: penulisan blog saya terinspirasi dari blog Dr Sarah. sila search Sarah Shukor