cari-cari

Pages

Sunday, October 14, 2012

salam perantauan

assalamualaikum wbt.

''lets learn because we love the knowledge, not just because we want to be able to pass the exam. if we pass the exam, we have to seek for job but if we conquer the knowledge, the job will seek us, insyaAllah. studying and seeking for knowledge is also an ibadah if you set your intention right''

salam perantauan dari Dublin, Ireland. hari ini sudah tepat tiga minggu di Dublin. tidak ada yang lebih mengujakan berbanding dengan musim sejuk yang bakal tiba tidak lama lagi. waktu siang semakin pendek dan waktu malam semakin panjang. namun, apa yang lebih merisaukan, suhu persekitaran yang semakin sejuk hari demi hari. dijangkakan bahawa tahun ini salji bakal turun di Ireland. teruja? nantikan bagaiman perasaan berjalan di atas air batu ke kelas. cuaca sejuk di musim luruh ini pun sudah memberatkan hati untuk keluar rumah, tidak tahulah apa yang bakal terjadi pada musim sejuk nanti.

alhamdulillah, semuanya berjaaln lancar. semakin sibuk dengan jadual harian yang semakin padat. dahulu, kelas bermula kira-kira jam 9 ke 10 pagi dan berakhir jam 2 ke 3 petang. kini, kelas bakal bermula seawal 8 pagi dan berakhir jam 4 ke 5 petang. ya Allah mudahkan urusan kami. bukan jadual waktu padat yang saya risaukan, tapi bagaiaman agaknya rasa untuk keluar seawal jam 7.30 pagi untuk ke kelas yang bermula jam 8 pagi. memang kebas hidung agaknya ditiup angin kencang lautan Atlantik.

alhamdulillah, kehidupan di RCSI semakin baik. komuniti Muslim agak besar di RCSI dan wujudlah prayer room yang sederhana besar dan sesuai untuk bersolat jemaah. komuniti Muslim datang dari pelbagai negara dan kebanyaknnya datang dari Asia Barat dan Malaysia sendiri. dalam lecture hall, kebanjiran pelajar Malaysia terserlah apabila ramai yang berwajah Melayu mendominasi bahagian tengah dan hadapan lecture hall. jelaslah bahawa budaya semangat belajar dalama kalangan rakyat Malaysia masih menebal dan terserlah di Ireland.

RCSI merupakan kolej perubatan yang telah ditubuhkan sejak tahun 1784. jadi boleh bayangkan bagaimana klasiknya bangunan ini di tengah kota metropolitan Dublin. tapi yang menariknya di sini, seni bina bangunan lama masih lagi dikekalkan termsuklah di Trinity College Dublin, pajabat pos, Ulster bank dan banyak lagi.
banyak juga wajah Malyasia yang kelihatan di tengah-tengah kota Dublin menjadikan Malaysia bukan sebuah negara asing di sini. rupanya, di Dublin, memang ramai yang bukan berwajah Caucasian. banyak juga ynag berwajah Asia seperti dari China, Jepun, Korea, berwajah nusantara seperti Malaysia, Indonesia, Singapura dan Filipina, juga yang berwajah arab seperti dari UAE, Kuwait dan Arab Saudi. di RCSI sendiri, para pelajarnya datang dari lebih kurang 52 buah negara dari seluruh dunia. jadi anda boleh bayangkan pelbagai warna kulit yang boleh dijumpai di dalam bangunan kotak RCSI itu sendiri. this is mini United Nation, bak kata Dean.

so far, pembelajaran semakin sibuk. kelas di Anatomy Room menggesa saya untuk segera memahami dengan cepat apa yang diperkatakan oleh pensyarah berbangsa Irish yang bercakap dengan laju dan pekat dengan loghat Irishnya. insyaAllah akan diusahakan kelak. pelbagai ujian (card signing, mid term MCQ test) yang bakal mendatang turut membuatkan saya berfikir dua kali untuk keluar berjalan-jalan di hujung minggu. tapi nak kata apa kan, nama pun pelajar perubatan. insyaAllah dipermudahkan segalanya nanti. kalau kita tidak sibuk membuat kebaikan, mungkin kita akan sibuk membuat perkara lain yang tidak bermanfaat. insyaAllah.

setakat inilah catatan singkat pada malam ahad ini. perlu segera menyambung sesi ulangkaji modul Concept nad Principle of Biomedicine. insyaAllah.

wassalam.

nota 1; what doesnt kill you makes you stronger
nota 2: kalau kita mudah bersangka baik kepada orang, orang juga mudah bersangka baik kepada kita
nota 3: it doesnt kill you to say thank you and sorry for every single thing that people did to you and you did to others. insyaAllah

No comments:

Post a Comment