''sungguh, mereka yang beriman dan mengerjakan kebajikan, kami benar-benar tidak akan menyia-nyiakan pahala orang yang mengerjakan perbuatan yang baik itu'' [alkahfi: 30]
mode: alhamdulillah, relieved. jumaah barakah. alhamdulillah.
alhamdulillah, masih mampu tersenyum. masih mampu pujuk diri untuk senyum dan bertenang. masih mampu untuk meluangkan masa di blog tercinta.
been busy recently. eh tidak berniat unutk mengatakan bahawa msa yang diberi Allah tidak cukup, sebaliknya sedang menekanakan bahwa saya perlu belajar untuk menyusun masa dengan baik agar perkara yang perlu diselesaikan segera, dapat dieslesaikan.
terlalu banyak untuk diceritakan. terasa masa seperti berlalu dengan sangat cepat. sudah berada di pertengahan Junior Cycle 2, tahun pertama di RCSI. sudah enam bulan di bumi Dublin. sudah hampir enam bulan bergelar pelajar perubatan. sudah hampir enam bulan tidak bertemu dengan keluarga tersayang.
alhamdulillah, Allah kurniakan keluarga baru di sini. Usrahti = Mahabbah. mereka yang hadir dalam hidup saya, mengajar saya erti kehidupan yang tidak pernah saya rasai sebelum ini. mereka yang hadir melihat proses pembersihan yang sedang saya lalui. mereka yang bersama-sama bergerak, memimpin tangan saya agar saya tidak ketinggalan di belakang. mereka, yang Allah hadirkan dalam hidup saya, untuk saya lebih mengenal Pencipta saya. terima kasih ya Allah.
hari ini, baru sahaja selesai Card Signing kedua semester ini. Card Signing kelima sejak menuntut di RCSI. cepat sangat kan? walaupun sudah kali kelima, perasaan gementar itu masih lagi ada. walaupun sudah kali kelima, perasaan tidak yakin dengan diri sendiri untuk masih lagi wujud. walaupun sudah kali kelima, Allah masih lagi ingin mengajar saya erti sebenar usaha dan tawakkal kepada Allah itu. yang Allah hanya melihat usaha kita kerana keputusannya sudah ditentukan Allah. ya Allah, jangan uji kami lebih dari kemampuan kami. ya Allah, make me strong!
oh ya, minggu ini, saya mendapat satu pengalaman yang menarik. pergi ke rumah orang Irish untuk memenuhi modul Early Patient Contact, melihat sendiri keadaan pesakit kronik di kawasan rumah mereka sendiri. kisah pesakit dengan penyakit yang terpaksa mereka hadapi merupakan satu cerita. bahkan, saya sendiri terpaksa bergaul dengan mereka yang bukan beragam Islam, berjalan di kawasan asing dengan memakai headscarf bak kata mereka, membawa imej Islam dalam dan luar diri. sangat risau andai saya tidak dapat menjadi produk Islam yang baik di mata meraka. mungkin sebelum ini, sudah terlalu lama berada dalam kelompok sendiri, sehingga tidak sedar realiti umat di luar, yang mungkin belum pernah mendapat peluang untuk mengenali Allah al Khaliq. kerana kita, belum ada kekuatan untuk melaksanakan tanggungjawab itu
ahad lalu, langkah pertama memimpin diri sendiri untuk komited dalam usaha dakwah dan tarbiyah sudah bermula. ya, langkah pertama yang sangat berat. langkah pertama yang sangat mendebarkan. langkah pertama yang sedikit sebanyak mempengaruhi langkah seterusnya. langkah pertama, belajar untuk tabah, kerana yang menanti di hadapan bukanlah jalan yang mudah tanpa batu-batu kecil mahupun besar yang sedikit sebanyak menguji iman kita nanti. kerana sesuatu yang tidak pasti, dan yang pasti hanyalah Allah.
eh, kenapa isi entri tiada kaitan dengan kehidupan saya sebagai pelajar perubatan? oh kerana di sini, saya bukan hanya seorang pelajar perubatan, sebaliknya saya juga seorang yang sedang belajar untuk mengenali Tuhannya. saya yang sedang belajar. doakan segalanya dipermudahkan.
wasssalam.
nota 1: sedang belajar mengatur masa.ya Allah, mudahkanlah.
nota 2; wahai hati, kuatlah dengan adanya Pemilik Hati di sisi. wahai jiwa, tenanglah, setenang nama yang dikurniakan.
nota 3: counting days, till summer. inshaAllah harapnya segalanya dipermudahkan. tersenyum bila teringat seorang sister Arab Saudi berkongsi tentang ke'sementaraan' dunia ini. cheer up. dunia is short, lets work for our akhirah.
No comments:
Post a Comment