''(iaitu) orang yang beriman, dan hati mereka menjadi tenteram dengan mengingat Allah. Ingatlah, hanya dengan mengingat Allah, hati menjadi tenteram'' [13:28]
kemas peringatan Allah. hati gundah gulana, sebut je nama Allah. nescaya hati jadi tenang. bukan hanya sebut, tapi memaknakan sebutan dan zikir itu. teringat sewaktu di Intec, dalam perjalanan sebaik turun bas menuju ke kelas, banner yg memaparkan ayat ini sentiasa membuatkan saya tersenyum di saat memikirkan jadual harian yang hectic di Intec. alhamdulillah, Allah sentiasa nak ingatkan saya agar selalu ingati Dia.
semalam, dalam liqa' usrah, isu kasih kerana Allah diperkatakan. isu 'uhibbuki fillah' dibicarakan. isu yang saya sendiri sedang bertarung untuk merasainya.
sangat menariklah rupanya bagaimana Allah mempersatukan hati-hati orang mukmin. ya, Allah yang mempersatukan hati mereka dengan syarat, akidah mereka sama. pelik? rahsianya, hanya Allah yang tahu.
tak percaya, boleh rujuk 8:63 dan 3:103 serta Tafsir Fi Zilalil Quran oleh Syed Qutb.
kalau dahulu memang tidak pernah nak hayati rasa sahabat fillah. tak pernah nak ingatkan teman sendiri bahawa kita mahu bersahabat ke syurga. hasilnya, perhubungan kita membawa ke mana?
lebih teruk lagi, kerana tiada rasa sahabat fillah itu, saya yang ego dan rasa diri ini lebih baik telah meng'unfriend' seorang teman. bukan dalam facebook, tetapi dalam kehidupan realiti. dan saya masih mampu meneruskan kehidupan seperti biasa, sedang dia terkapai sendiri seolah kehilangan arah. saya tidak peduli tentang dia, asalkan saya bahagia. ya, pada masa itu saya merasakan bahawa saya telah menang.
akibat dari rasa fobia, saya telah berazam untuk tidak mempunyai hubungan rapat dengan mana-mana rakan yang saya temui. teman seperti biasa sudah. tak perlulah nak borak-borak bantal. tak perlulah nak nangis-nagis sama-sama. tak perlulah nak bukak cerita pasal daily life, pasal family, pasal konflik sendiri. saya boleh hidup berdiakri tanpa perlu ceritakan masalah kepada orang lain, kenapa mereka tidak boleh?
maka wujudlah seorang lagi mangsa jahiliyah saya. ya, dia bercakap dengan saya di bilik, tapi saya tidak mengendahkannya. saya buat-buat tidak dengar dengan apa yang dia perkatakan. kalau saya mahu respon, saya akan respon. jika rasa tidak perlu, saya buat-buat tidak dengar. saat dia sedih, saat dia homesick, saat dia lalai, saat dia marah, saya buat seprti biasa. saya tidak berniat langsung untuk menegur dia. saya tidak ada perasaan langsung untuk meringankan beban yang dia rasa. lebih teruk lagi, saya boleh pulang ke rumah setiap hujung minggu denagn gembira dan biarkan dia sendiri, melayan perasaan di hujung minggu. tahu, saya teruk.
sudah nak admit bahwa diri ini yang bersalah, susah nak admit bahwa diri ini yng perlu berubah. susah nak fikir bahawa pendirian saya perlu diperbetulkan.
kini, saya tercampak ke sini. Allah hantar saya dalam kalangan mereka. mulanya terasa kekok. mulanya rasa memang tidak akan dapat suaikan diri. mulanya memang rasa rimas. dengan teman serumah yang selalu ajak solat jemaah setiap waktu solat. dia juga yang sibuk mengajak saya menghadirkan diri ke kulsem. oh kulsem tu apa pun saya tak tahu. tapi, saya ikut jugalah dan terduduk dan tersenyum sendiri.
seterusnya, kehadiran seorang kakak yang sibuk menghantar mesej bertanya khabar. berkongsi ayat favourite dalam quran. kata-kata semangat melalui mesej. tidak ada ribut, tidak ada taufan, tiba-tiba ada mesej bertanya khabar? oh saya tak pernah kenal rapat dengan dia, tetapi tak tahulah kenapa dia seperti ingin sangat berkenalan dengan diri ini. tak cukup lagi, siap ajak pergi program hujung minggu. saya yang pada waktu itu tidak faham apa yang berlaku dan masih fobia dengan apa yang pernah berlaku, bertindak telus dan jujur. dengan harapan, jangan ganggu hidup saya lagi. dengan mesej bahawa saya mampu hidup sendiri. saya tak perlukan anda dalam hidup saya. and the rest is history. (kepada yang berkenaan, jika anda terbaca post ini, no offence intended. aseef sister)
Allah hadirkan juga mereka dalam hidup saya. keluarga katanya, dalam bahasa melayu. usrah maksudnya dalam bahasa arab. pernah dengar dan pernah hadir dahulu. dan tak pernah pula rasa ingin terus hadir di sini. saat pertama kali diajak ketika berada di Ireland, hati berdebar. ah, dia datang lagi. benda yang paling saya nak elak. mereka yang tak pernah saya kenali, ingin jadi ahli keluarga? apakah? siapa mereka ingin ambil tahu tentang kehidupan saya? (sekali lagi, no offence intended. aseef T.T diri ini yang kekurangan)
yet, saya masih di sini. masih lagi mempunyai keluarga (usrah), kakak usrah dan teman serumah yang semuanya setia di sisi saya. yang masih ingin mengajar saya erti ukhuwah fillah. yang Allah masih hadirkan, mereka. untuk saya yang sangat perlu banyak lagi belajar.
saya sedar saya lemah dalam bab ini. saya ingat saya sudah faham. tapi saat murabbi memberi tajuk ini untuk tazkirah dalam liqa semalam, hati terasa sesuatu. Allah mahu ajar saya lagi, saya belum lepas ujian ini lagi rupanya. saya masih perlu struggle dan bermujahadah.
ini, kisah sebenar saya. bagaimana saya belajar mengenal Allah melalui mereka. bagaimana Allah kuatkan saya dengan mereka. bagaimana Allah hantarkan bantuan kepada saya melalui mereka. betullah, semakin kita kenali Allah, semakin lemah kita di hadapanNya.
ya Allah, terus pimpin hati ini. izinkan diri ini untuk terus kuat. izinkan diri ini dan mereka sampai ke syurgaMu.
''dan Dia (Allah) yang mempersatukan hati mereka (orang yang beriman). Walaupun kamu menginfakkan semua (kekayaan) yang berada di bumi, niscaya kamu tidak dapat mempersatukan hati mereka, tetapi Allah telah mempersatukan hati mereka. Sungguh, Dia Maha Perkasa, Mahabijaksana'' [8:63]
Dari Abu Hamzah Anas bin Malik r.a., pelayan Rasulullah s.aw. bahawa Rasulullah saw pernah bersabda, ''Seorang di antara kalian tidak (dikatakan) beriman sehingga dia mencintai saudaranya sebagaimana dia mencintai dirinya sendiri'' HR Bukhari dan Muslimwassalam.
nota 1: ok, emo sikit sebab rasa Allah nak ajar sesuatu. and reflect balik kat diri sendiri, memang kena terus buka hati untuk tarbiyah yang Allah nak beri ini. Allah kan murabbi terbaik.
nota 2: cuti spring dua minggu, roomate balik malaysia, tiket balik summer belum beli lagi. so, keep calm and remember Allah always.hehe
nota 3: azam cuti spring, buka pintu hati besar-besar.

No comments:
Post a Comment