cari-cari

Pages

Wednesday, August 29, 2012

catatan predeparture: halaman 1

assalam wbt.
mula-mula sekali saya ingin mengajak semua pembaca koreksi balik niat dalam diri sendiri apa tujuan hidup di dunia, apa tujuan belajar luar negeri, dan apa tujuan belajar nak rak semat-mata nak skor? nak bagi bangga mak bapak? supaya dapat kerja bagus dan dapat gaji besar hidup bahagia? supaya orang pandang tinggi? sebab apa ya? saya yang hina ni pun dah terlupa banyak. tapi saya terbaca post seorang mujahidah yang sangat optimis ini, hati saya terusik. jadi sama-sama lah perbetulkan niat :)

insyaAllah Alhamdulillah Allahu akbar. hari ini perjumpaan dengan penaja kami, JPA berkenaan taklimat pra-penerbangan sudah selesai. alhamdulillah segalanya berjalan lancar. segala isu berkenaan dengan JPA (gagal dua kali dalam peperiksaan, tajaan akan ditamakan ye) berkenaan penerbangan dengan pihak MAS (bagasi tidak boleh melebihi limit 20 kg dan hanya satu beg untuk check in luggage; ucd telah disahkan untuk berlepas pada malam ahad 2 sept ini. RCSI, insyaAllah 22 sept jam 1140 malam di KLIA, transit di Heathrow, London barulah mengambil penerbangan lain ke Dublin) dan akhir sekali taklimat dari pihak bank.

setakat ini, tidak banyak persiapan yang telah saya lakukan semenjak dari hari result keluar. saya masih lagi sibuk dengan majlis sempena aidlifitri dan rumah terbuka. (kerana saya mempunyai ibu yang suka mengajak kawan-kawannya datang ke rumah makan-makan, saya pun terheret ke dapur untuk membuat kerja-kerja anak dara). saya hanya menghadiri program-program pre departure yang dianjurkan pihak PMC dan JPA. hasilnya, seolah-olah saya seorang sahaja yang belum bersedai betul-betul untuk menjadi lalat (fly). saya seorang sahaja yang belum pergi ke Syarikat Kamal untuk membeli si Monkhouse teman rapat Cik Anats, belum mendapatkan rantai sakti stethoscope di Ollivander's dan saya seorang sahaja yang belum mendapatkan jubah putih dan sarung tangan biru uniform khas pelajar perkhidamatan kesihatan. nampaknya hujung minggu ini perlu segera mengajak ayah ke Kuala Lumpur (destinasi:Sy Kamal) pada awal pagi.

walau saya belum packing sehelai baju pun lagi,  saya sudah menyiapkan checklist barang-barang yang perlu dibawa. kategori pakaian yang paling penting. ayah tidak menyarankan saya berbaju kurung setiap hari seperti  kebiasaan saya di Intec. ayah saranakan saya beli baju labuh ala-ala busana muslimah tu, untuk dipadankan dengan seluar. walau bagaimana saya cintakan baju warisan ornag melayu itu, saya memang akan kalah kalau berlawan bicara dengan ayah.

saya juga bercadang hendak membeli sneakers dan sport shoes untuk digayakan ke kelas nanti. menurut para kakak senior, cuaca di sana sangat berangin dan kadangkala hujan. jadi sesuaialah agaknya pakaian saya dengan suasana di sana. tiada peluang untuk menjadi perempuan melayu terakhir T_T

saya juga bercadang membeli alat tulis  dari sini. tidak lama lagi saya akan serbu Pustaka Bawang yang terletak di atas bukit di seberang jalan dari rumah saya ini. saya berazam mahu membeli pen biru, hitam, merah berpaket-paket, pembaris panjang dua, etc. kenapa beli banyak-banyak ye? sebab di sana alat tulis ini sangat mahal dan tidak berbaloi membeli di sana.

setakat itu sahajalah list shopping saya. belum terfikir lagi benda lain. oh ya, baju sejuk tidak perlu dibeli di sini kerana harganya lebih mahal dan tidak banyak pilihan di Malaysia. tapi mungkin saya akan dapatkan satu untuk persediaan awal menghadapi tiupan angin kencang di bumi Dublin (kencang ke? saya pun tak tahu what to expect).

sebenarnya hari ini saya bercadang ingin bertemu dengan bekas teman seumah di kolej dahulu. dia bakal ke Manipal Medical College di India. dahulu, kami di bakal ke universiti yang sama. namun, jodoh kami tidak panjang. siapa boleh halang  aturan Allah kan? mungkin dia bakal bertemu peluang, pengalaman dan tarbiyah yang lebih baik di sana. jadi saya relakan sahaja. nak dijadikan cerita, rumah saya dengan rumahnya tidaklah jauh tapi, dia tidak pernah berkunjung ke rumah saya. tapi, dek kerana Mak Tamnya tinggal berdekatan dengan rumah saya, hari ini dia samapi jua ke rumah saya. perancangan awal untuk berjumpa dengan lebih ramai sahabat tidak kesampaian. nasib baik Syaren Hilda juga berkunjung ke rumah saya. dapatlah kami bertiga bertemu. sedih juga melepaskan dia pulang. tidak tahu bila lagi kami dapat berjumpa kerana destinasi masing-masing sudah berbeza. tapi, tidak apa, saya tahu Allah akan jaga dia :) people say, there is never "goodbye" but there is always "till we meet again". insyaAllah. selamat melangkah ke alam baru sahabat-sahabat.
from left: nur sakinah, syarena hilda, sakinah. missing: tan jing shin

insyaAllah saya akan update lagi persiapan saya sebelum berlepas ke tempat orang dalam post yang seterusnya. doakan idea kreatif keluar mencurah-curah ;) till then take care. pray to Allah. always.

wasalam.

nota: penulisan blog saya terinspirasi dari blog Dr Sarah. sila search Sarah Shukor

No comments:

Post a Comment