alkisahnya haritu baru disedarkan dalam satu program. sibuk bukan alasan untuk tidak menulis.
alhamdulillah, Allah masih beri pelua ng untuk menulis. menulis bukan untuk suka-suka ikut nafsu, tapi menulis sebagai abid kepada Dia.
alhamdulillah, Allah uji dengan kesihatan, sebab kadang kadang, kita tak perasan kesihatan yang Allah beri merupakan ujian yang sangat besar. kadang-kadang, bila kita ingat kita sihat selalu, kita rasa kita indestructible. kononnya, tak akan mampu dikalahkan.
salah konsep tu. kita hanya hamba Dia yang maha Besar. kadang kadang kita tak perasan rasa ujub takbur yang kita ada, bila kita rasa kita sihat selalu.
jom bermuhasabah. agar setiap nafas kita, ada syukur. supaya kita rasa, bahawa setiap saat Allah pilih kita unutk hidup, Allah masih sayangkan kita. supaya kita sedar bahawa sakit ataupun sihat, kita perlu bersyukur. sebab Allah asSyakur. itu je :)
maka, adapun manusia, apabila Tuhan mengujinya lalu memuliakannya dan memberinya kesenangan, maka dia berkata, ''Tuhanku telah memuliakanku''
namun apabila tuhan mengujinya, lalu membatasi rezekinya, maka dia berkata, ''Tuhanku telah menghinaku'' [al fajr: 15-16]
wassalam.
nota: istiqamah :)
