''agar kamu tidak bersedih hati atas apa yang luput daripada kamu, dan tidak pula terlalu gembira terhadap apa yang diberikanNya kepadamu. Dan Allah tidak menyukai setiap orang yang sombong dan membanggakan diri'' [al hadid: 23]
Tuesday, December 16, 2014
U.J.I.A.N
'oh you who believe! be patient and and excel in patience and remain steadfast, and be careful of (your duty) to Allah, that you may be successful.' (Ali Imraan:200)
assalamualaikum wbt.
what exam did to me?
alhamdulillah, baru saja habis exam REGUB. one of the hardest. bukan sebab susah sangat pun, tapi sebab banyak yang nak kena baca.
exam kali ni, first time in my 22 years of living, berniat untuk tak tidur sbb nak study. selama ni tak percaya medic will drive you crazy. but now dah terbukti medic memang mencabar saya.
alhamdulillah thumam alhamdulillah. ujian yang tak putus2 buat kita rasa bahawa yang allah selalu sayang kita and nak kita kembali kpd Dia. banyak kali rasa macam kecewa dan tak mampu teruskan. tapi Allah terus hantar pelbagai bantuan untuk kita keep on going. keep on moving forward. no matter how hard it is.
tapi, yang paling terkesan pada hati saya ialah bagaimana sayngnya Allah kepada kita dan tak mahu kita jauh daripada Dia, tak pernah Allah berhenti untuk uji kita. tak pernah Allah biarkan kita selesa tanpa ujian. selalu allah buat kita rasa lemah supaya kita hanya mengadu kpd DIA.
pernah ada orang tanya, macam mana nak kekalkan perasan tu? perasaan yang kita rindu Allah. perasaan yang yang kita lemah dan tidak ada sesiapa yang beoleh bantu melainkan Allah. perasaan yang hilang, bila kita dah dilepaskan dari ujian itu. *sigh*
dan, ujian Allah, sesuai dengan hamba Dia. sebab Allah nak tingkatkan darjat kita di sisi Dia.
selalu reflect ke mana sebenarnya ujian ini membawa kita. semakin dekat ataupun semakin jauh daripada Allah.
moga terus beroleh sabar dan ketabahan dan ketaqwaan. dan tidak putus2 mohon daripada Allah agar dikurniakan kekuatan untuk meneruskan hidup di dunia yang sementara ni.
wallahu alam.
Sakinah Rozaimi.
Sunday, May 11, 2014
Exam #6
Alhamdulillah wa astaghfirullah.
Benda yg perlu kita syukuri lebih banyak berbanding perkara yang perlu kita sedihkan.
Move on ^^
Start a new chapter. Chapter untuk perbaiki diri, lillahi taala. Sungguh, Allah nak bersihkan.
Moga kita semua mencapai taqwa yang kita idam-idamkan. Biiznillah
Thursday, May 8, 2014
Exam #5
'maha suci Allah yang telah menurunkan furqan kpd HambaNya, agar dia menjadi pemberi peringatan seluruh alam.
Yang memiliki kerajaan langit dan bumi, tidak mempunyai anak, tidak ada sekutu baginya dlm kekuasaanNya, dan Dia menciptakan segala sesuatu, lalu menetapkan ukurannya dgn tepat.
Namun mereka mengambil tuhan-tuhan selain Dia, padahal mereka tidak menciptakan apa pun, bahkan mereka sendiri diciptakan dan tidak kuasa untuk (menolak) bahaya terhadap dirinya dan tidak dapat (mendatangkan) manfaat serta tidak kuasa mematikan, menghidupkan dan tidak pula membangkitkan.'
[25:1-3]
Allah telah menetapkan ukuran yg tepat.
Enough said.
Serahkan kepada Allah sahaja.
Tuesday, May 6, 2014
Sunday, May 4, 2014
Friday, May 2, 2014
Friday, January 17, 2014
jordan yang menghidupkan
Friday, January 3, 2014
2014
alhamdulillah thumma alhamdulillah.
another year coming. alhamdulillah Allah panjangkan usia. kalau bukan kerana rahmat Allah, tak mungkin masih lagi bernafas hingga saat ini.
kalau nak cerita tentang 2013, memang post takkan berhenti setakat ini, mungkin seharian saya boleh menulis tentangnya. dipendekkan cerita, bermula dengan peperiksaan kali pertama sebagai medical student di RCSI januari lalu, hingga menyambut menyambut kedatangan sisters dari Czech disember lalu.
alhamdulillah, membesar di bumi Ireland sepanjang 2013, pulang sebentar ke Malaysia summer lalu sebagai orang baru, seolah-olah baru sahaja disapa tarbiyah. tiba semula di Ireland september lalu, sebagai seorang yang lebih besar, dan bersedia untuk memikul tanggungajwab yang lebih besar.
erk, nak kata terima kasih Allah, tak tahu nak ucap macam mana. betapa hebatnya kasih sayang Allah, dia pilih setiap hambaNya untuk merasai nikmat tarbiyah.
subhanallah wa alhamdulillah, diri ini masih kerdil dan banyak lagi yang perlu dipelajari. of merasai kasih sayang Allah yang menarik kita dari lumpur jahiliyah ke arah pemahaman Islam. of rasa ketidak mampuan untuk amar makruf nahi mungkar, kepada mengakui diri sendiri seorang daie. from merasai yang hidup ini untuk dunia sahaja kepada cintakan kehidupan selepas mati. and one of the best moments ever, berkenalan dengan orang-orang yang sama berjuang di jalan dakwah dan tarbiyah ini.
alhamdulillah :)
2014, let the journey begins.
'surely Allah does not change the condition of a people until they change their own condition..' [13:11]wassalam.
p/s; dear my adik adik bulatan gembira, i love you guys fillah <3 nbsp="" p="">3>

