sekarang ni dalam kapal terbang yang destinasi terakhirnya, dublin. to be frank, perasaan bercampur baur. antara gembira ataupun sedih, anatara teruja ataupun gementar.
sepuluh hari di jordan merupakan pengalaman yang tak dapat ditukar ganti. pertama kali murabbi mengusul jordan, tak pernah terlintas di hati bahawa ia akan membawa pengakhiran yang sebegini. yang saya pasti, saat itu saya ketepikan perasaan yang ingin berjaulah ke tempat lain. konon, berkorban demi tarbiyah. tapi, siapa tahu, Allah sebaik baik perancang telah mengaturkan segalanya indah buat kami.
tak pernah saya rasakan sebegitu indah saat pertama kali sujud di bumi Jordan. solat subuh di musolla dalam Queen Alia International Airport merupakan sujud yang saya rasakan penuh rasa syukur. Allah sampaikan ke situ dengan selamat, walaupun keadaan hati yang berbolak balik dan menanti nanti tarbiyah Allah di tanah Syam ini. tambah pulak tak pandai cakap Arab, Allah sahaja yang tahu apa rasanya pertama kali menjejak tabah Arab.
disambut oleh ukhti Nadia Nabila, pertemuan pertama yang membawa kepada episod perkenalan antara kami sepanjang jaulah. mula2 bertemu, rasa biasa saja ukhti ni. dia yang setia menguruskan perjalanan kami di jordan, menguruskan rumah yang akan kami duduki, menguruskan pengangkutan dengan ammu khalid. dia yang membawa kami berjalan ke gua kahfi, makan tengah hari di kedai makan tengah kota Amman, berjalan di kota rom jerash. kalau nak ikutkan, tidaklah sepesial sangat apa yang dia lakukan, tapi mungkin keikhlasan dia melayan kami sebagai tetamu di bumi Jordan menyentuh hati kami. dia yang sentiasa merendah diri, hehs ukhti, kitorang dah rindukan enti. ajarkan saya tentang ikhlas, please.
hari hari pertama di jordan merupakan hari yang penuh tarbiyah, i would say. teringat perbualan dengan roomate sebelum memulakan jaulah, "xxxx risaukan awak, kat sana tak banyak kemudahan macam apa yang kita dapat di dublin. banyak tadhiyah (pengorbanan) yang perlu kita lakukan. biiznillah, tajdid (perbaharui) niat jom. kita pergi ke jordan kerana Allah". lalu saya redahi juga kehidupan di sana, mulanya memang rasa kurang selesa, eh tapi bila teringat sampai bila nak manjakan diri sendiri, gagahkan juga diri. takkanlah kita nak aim besar untuk menangkan islam, tapi bila diuji sedikit cepat sahaja mengalah.
perbualan demi perbualan dengan akhawat jordan,satu demi satu nikmat tarbiyah saya singkapi. saat berbual di dapur, saat berbual sambil makan di dalam talam, saat berjalan menuju ke Jamiah Yarmouk, saat membaca almathurat dan RS bersama, saat melawat RI dan mendengar pengisian, saat mengangkat barang keluar dari satu rumah menuju ke rumah lain untuk menginap, saat makan mansaf dan maqluba bersama, saat berjalan pergi dan pulang dari masjid Jamiah Yarmouk, saat berjalan ke stadium hasan (er, tak ingat nama sebenar) utk beriadah, saat berlari keliling stadium sambil bermain game taaruf bersama, saat mendengar sharing tentang Erdogan di atas lantai sambil kesejukan bersama, saat ke farmasi setiap hari untuk menyediakan bekalan strepsils, saat join liqa usrah, saat melawat RI Fateh, Islah, Itsar dan banyak lagi momen momen lain. saya ingat saya takkan rindui saat saat itu, wajah wajah itu. hehe again, saya tersilap.
hari kelima dan seterusnya, perasaan mula berubah. saya tahu saya akan rindui jordan nanti. saat pertama kali mengemas beg untuk bergerak ke muktah dan seterusnya aqabah, hati mula rasa berat untuk meninggalkan akhawat irbid. tapi diri ni tahu, kalau rindu kirimkan doa agar saling diberi kekuatan. perjalanan singgah di laut mati, ke RI infiru di muktah, menyaksikan medan peperangan muktah yang menyaksikan kesyahidan zaid bin harithah, jaafar bin abutalib (jaafar at tayyar), dan abdullah ibnu rawahah. pendakian di petra untuk menyaksikan peninggalan kaum Ad dan Tsamud, pergi ke Wadi Rum menaiki jip mendaki bukit padang pasir, minum teh orang badwi sambil menyaksikan matahari terbenam, dan seterusnya ke aqabah untuk melihat bumi palestin di seberang laut merah yang diduduki oleh israel laknatullah.
pulang ke amman disambut oleh makcik melur sambil mendengar taujihat drp syuyukh tentang indahnya islam yang kita bawa. perasaan homesick dlm van terubat sedikit. memang sangat rindukan sentuhan seorang ibu pada saat itu, Allah sampaikan makcik melur untuk berikan taujihat kepada kami. dikejutkan dengan kehadiran ukhti muhammin dan aisyah, kami bergerak ke balad amman menyaksikan bagaimana penduduk amman menjalani kehidupan seharian. subhanallah, pengalaman membeli jubah dengan ukhti meng, hehe memang tak dapat lupa, sambil beli minyak wangi tepi jalan satu dinar, tawar menawar untuk membeli fridge magnet dan keychain, memang tak dapat jumpa pengalaman macam ni kat ireland. alhamdulillah, selepas itu kami pulang ke irbid untuk pengisian seterusnya. saat itu, saya sudah mula tak dpt fokus. kerana tahu itu adalah malam terakhir di jordan, tahu bahawa saat itu tidak akan berulang lagi, tahu bahawa saya perlu mengutip sebanyak mungkn peluang yang ada sementara masih berbaki masa di jordan. satu demi satu gambar diambil buat kenangan. ambil peluang untuk muayasyah betul2 dengan akhawat jordan.
hari terakhir, destinasi yang kami nanti nantikan akhirnya tiba. kami selamat sampai ke maqam muadz bin jabal, abu ubaidah umar bin al jarrah, syurhabil bin hasan, amir bin abi waqas dan dirar al azwar. subhnallah, doreh (maqam yang berisi jasad) sahabat yang sudah syahid, berbau harum sebelum kami memasuki kamar maqam. teringat ayat 9:100. kali pertama dan terakhir makan ayam goreng sedap punya, kalau ada ruang lagi dalam beg nak pack jugak bawak balik ireland.
alhamdulillah thumma alhamdulillah, Allah yang mempersatukan hati kamu ketika dahulu kamu bermusuhan. moga Allah terus pilih kita untuk berada pada jalan ini, moga kita doakan each other selalu. semoga tsabat lillahi taala.
