cari-cari

Pages

Wednesday, January 9, 2013

the 'skype' call

assalamualaikum wbt.

if you are ungrateful, then surely Allah is self-sufficient above all need of you; and He does not like ungratefulness in His servants; and if you are grateful, He likes it in you; and no bearer of burden shall bear the burden of another; then to your lord is your return, then will He inform you of what you did; surely He is Cognizant of what is in the breasts [azZumar:7] 
saya akan pastikan post ini pendek. kerana prioriti lain. doakan ye.

banyak sangat benda yang mahu diluahkan. tapi tak tahu nak luah macam mana. kadang-kadang bermain di fikiran, di hati, di minda sampai ganggu kosentrasi. itulah, Allah tidak menjadikan dua rongga dalam hati manusia. fokus, Sakinah :)

seorang teman bertanya, ''apa yang sakinah rasa? share with me''. saya hanya senyum dan mulut terus tertutup. dia mula insist dengan menyatakan bahawa banyak lagi yang belum saya ceritakan padanya. namun, bila mulut mulakan bicara, air mata yang keluar tiba-tiba. oh no, hilang macho *peace*

kadang-kadang tak faham perasaan diri sendiri. kadang-kadang terasa diri ini lemah sangat. kadang-kadang pelik kenapa diri saya yang dulu sangat berkeyakinan, berani, tak mudah kalah apatah lagi dengan diri sendiri, perasaan tu dah tiada. sekarang ini rasa sangat memerlukan. sangat memerlukan....

nak cakap apa sebenarnya ye? ohh kerana mungkin saya dah tau sesuatu dan saya terlalu takut untuk melangkah ke hadapan. kerana saya terlalu rindukan diri saya yang dulu. kerana saya terlalu mudah berpuas hati dengan apa ynag saya ada sekarang. kerana saya masih ragu akan masa hadapan. apakah??

sejak semalam, hati ini makin teringat akan keluarga. tergerak hati untuk menghubungi adik yang jauh berada di Asia Tenggara. ya, adik kandung saya sendiri. rindukan pillow talk dengan dia. apakah? mesti dia pelik tengok kakak dia bukan lagi kakak yang ada inner strength seperti kakak dia yang dulu. takpelah adik, yang penting you made my day. yang penting, bila bercakap dengan dia, saya masih lagi punyai keyakinan bahawa saya masih lagi kakak yang kuat seperti dulu. cuma kali ini, pergantungan bukan hanya pada diri sendiri, tetapi pergantungan hanya kepadanNya. inshaAllah.

nak contact dengan Allah tak perlu skype pun kot

wassalam.

nota 1; mak jangan risau, anak mak ni sedang mengalami simptom nak masuk usia duapuluhsatutahun. :p
nota 2; selama ni pun Allah yang tolong, Allah yang jaga, Allah yang izin, kenapa nak risau? why worry when you can pray. inshaAllah n_n bittaufiq wannajah fil imtihan.
nota 3: nak jadi hamba Allah yang tak lupa untuk BERSYUKUR (refer ayat intro)

No comments:

Post a Comment