cari-cari

Pages

Thursday, August 8, 2013

satu syawal

assalamualaikum wbt.

dan ingatlah ketika ibrahim berkata, "ya tuhanku, perlihatkanlah kepadaku, bagaimana engkau menghidupkan orang yang telah mati?" 
Allah berfirman "belum percayakah engkau?"
dia menjawab, "aku percaya tapi agar hatiku tenang"
Dia berfirman, "kalau begitu ambillah empat ekor burung lalu cincanglah olehmu kemudian letakkan di atas satu bukit, satu bahagian, kemudian panggillah mereka, nescaya mereka datang kepadamu dengan segera"
ketahuilah bahawa allah maha perkasa, maha bijaksana.

(2:260)

teringat satu proverb english, curiosity kills the cat.
maksudnya, terlalu banyak pertanyaan membawa padah kepada si penanya.

tapi tidak dalam alquran, dan juga tidak dalam islam.
kita perlu bertanya untuk menguatkan lagi akidah kita.
seperti kisah nabi ibrahim yang allah abadikan dalam alquran

dalam proses pencarian erti sebenar saya memeluk islam, bertanya itu perlu.
tapi, awas bukan kerana ingin mempersoalkan hukum Allah, tapi agar kita menjadi lebih beriman dengan apa yang kita pegang.
kerana beriman bererti percaya, dan percaya dikuatkan lagi dengan yakin.
seperti kisah pemanah tepat dan epal di atas kepala.

terutama zaman sekarang, saat ramai yang menganut islam kerana agama warisan
tanpa menghayati nikmat sebenar mendapat iman dan islam
lalu terjadilah situasi, orang islam sendiri yang menentang hukum islam
orang islam sendiri yang menentang pemerintahan islam.

mesejnya bukan apa, cuba hanya mahu membawa mesej, jangan takut untuk bertanya.
dan setelah percaya dan yakin akan ajaran islam yang sebenar, jangan takut untuk menjelaskan kepada yang belum tahu.
jangan jadi pak turut sahaja, yang mengikut adat yang diwarisi turun temurun daripada orang terdahulu.
jangan jadi seperti orang arab jahiliyyah dahulu,yang menyembah berhala dan tidak mahu menerima risalah Islam, hanya kerana mengikut adat resam nenek moyang.

tegakkanlah islam dalam dirimu, nescaya islam tertegak di muka bumi ini.
wallahu alam.
salam 1 Syawal 1434H

 

                                        

No comments:

Post a Comment