cari-cari

Pages

Monday, December 31, 2012

the upcoming 2013

and say: praise be Allah, He will show you His signs so that you shall recognise them; nor is your Lord heedless of what you do [anNaml: 93]

Assalamualaikum wbt.

tahun baru 2013 bakal menjelma. teringat saat post yang hampir sama ditulis menjelang tahun 2012 lalu. pada saat malam tahun baru bakal menjelma. waktu itu saya di meja belajar di dalam bilik di rumah; masih di Malaysia. banyak yang saya azamkan. kini, saya menulis post yang hampir sama tapi dalam situasi yang berbeza. kini bukan lagi di tanah air sendiri, tapi jauh merentas benua ke pulau Ireland.

alhamdulillah banyak sangat yang Allah dah beri. alhamdulillah kalau dulu mahu yang terbaik dalam A Level. Allah beri lebih lagi. Alhamdulillah, kalau dulu mahu jadi insan lebih baik, Allah beri lebih lagi. Allah temukan dengan insan-insan istimewa untuk saya lebih kenal Allah. alhamdulillah kalau dulu nak minta agar Allah mudahkan perjalanan hidup, kini patut rasa sangat bersyukur sebab banyak sangat nikmat yang diperoleh. tak mampu nak hurai semuanya sebab memang tak mamapu nak hitung segala nikmat yang Allah beri.

tujuan post ini hanya satu, untuk luruskan kembali alignment matlamat hidup saya yang hampir bengkok pada saat mula-mula ingin sesuaikan diri di tempat baru. siapa kata belajar oversea seronok je. study free dapat duit untuk belajar ada duit lebih boleh jalan-jalan lagi. with great nikmat comes with great responsibility.

mulai hari ini, mahu belajar kerana Allah (memaknakan ungkapan lillahi taala). mulai hari ini, mahu lebih berfikiran positif pada setiap perkara yang berlaku dalam hidup, yakin ada hikmah pada setiap yang berlaku. mulai hari ini mahu jadi anak solehah yang bisa menggembirakan hati kedua ibu bapa dan masuk ke syurga bersama-sama mereka. mulai hari ini, mahu jadi kakak yang hebat dan penyayang kepada adik-adik di rumah yang sedang berusaha mencari identiti mereka sendiri. ya Allah, mudahkan urusan mereka. mulai hari ini, tidak mahu lagi menjadi seorang pelajar perubatan yang biasa-biasa, perlu jadi extraordinary. nama pun Muslimah, perlulah jadi lebih hebat berbanding orang biasa. mulai hari ini, mahu mengahrgai setiap insan yang muncul dalam kisah hidup saya kerana saya yakin Allah hantarkan mereka untuk mengajar saya sesuatu. mulai hari ini, mahu terus belajar untuk tabah dan sabar kerana yakin bahawa Allah sangat sayangkan saya :)

so mulakan langkah sekarang. it is never too late to learn.

nota 1: exam dah sangatlah dekat ;) takpe, Allah takkan pernah uji kita lebih daripada kemampuan kita right?

2 comments:

  1. Setiap kali nak masuk tahun baru, mesti teringat time ms fisah suruh kita tulis new year resolution masa 2011. Tak percaya, cepatnya masa berlalu & yet, sejujurnya, kita dah achieve ke resolutions tahun2 yg lepas.

    ReplyDelete
    Replies
    1. nadia rindu :'( saat dulu sama-sama berjuang. Allah xkan uji lebih dari kemampuan kita kan? fighting for the sake of Allah.until now kita xpernh jumpa blog nadia pun lg :P bilakah mahu tunjuk official kt kita

      Delete