cari-cari

Pages

Monday, February 11, 2013

buyuk fateh part 3

assalmualaikum wbt.

alhamdulillah inshaAllah part terakhir dalam siri hikayat jaulah kami ke turki.alhamdulillah teman serumah yang berjaulah ke Mesir juga telah pulang membawa cerita fresh dari Bumi Anbia.

seronok berkongsi cerita. terdengar nama-nama tokoh yang dahulunya di dengar dalam buku sejarah sahaja. kini telah terjejak para syuhada yang telah dijanjikan syurga oleh Allah.

terdiam dan senyum sendiri mengenangkan diri ini. kalau dahulu, jangan harap akan berfikir atau berbicara tentang salahuddin al ayubi di meja makan dengan teman serumah. kalau dahulu, jangan harap akan berbual rancak dengan teman serumah mengenagkan kekejaman Zionis terhadap saudara seIslam di Palestin. kalau dulu....

benarlah tiada istilah kebetulan dalam hidup ini melainkan Allah yang mengaturnya.alhamdulillah :)

2 Februari 2013, SABTU. Dolmabahce Palace, terletak di kawasan Besiktas, Istanbul. terletak di tepi Selat Bosphorus, pemandangan indah buat setiap mata memandang. pintu gerbang tinggi menjulang ke langit seolah-olah cuba melindungi apa yang berada di sebalik tembok tinggi. selepas membayar entrance fee, kami pun melepasi pintu gerbang Istana Dolmabahce yang bermaksud taman yang terisi (filled garden). selepas pintu gerbang, terdapat kolam dan air pancuran yang menghiasi bahagian hadapan pintu bangunan utama istana.

ketika hendak mendaki tangga menuju ke dalam Istana, kami perlu memakai plastik untuk mengalas kasut kami. mungkin dikhutairi kotoran di kasut kami mencemar lantai berharga di dalam istana. perasaan saya mula tak keruan. namun, ingatkan diri agar membetulkan niat. apa yang saya cari bukanlah kemewahan dunia yang manusia kejarkan tapi hanyalah punca kejatuhan kerajaan Turki Uthmaniyyah. bukan untuk mempersalahkan sesiapa, tapi hanyalah untuk mengambil pengajaran daripada apa yang berlaku.

serba sedikit tentang istana ini; dibina oleh Sultan Abdulmajid I selepas kunjungannya ke Perancis. dia tertarik dengan Istana Versailles yang merupakan antara istana terbesar di dunia. dan kini, Istana Dolmabahce merupakan Istana terbesar di Turki.

tidak terdapat lukisan kaligrafi ayat al Quran dalam istana ini. yang ada hanyalah lukisan potret raja-raja, tangga kristal, tiang yang diperbuat daripada emas, lampu chandelier seberat 4 tan, dan macam-macam lagi simbol kemewahan. dipercayai kira-kira 40 tan emas dan 40 tan perak digunakan untuk menghiasi istana ini.

sesak dada saya sewaktu berada dalam istana itu. bukan kekaguman atas kehebatan sultan pada zaman itu yang saya rasa. bukan kemewahan dunia yang saya rasa pada ketika itu. yang saya rasa hanyalah bagaimana dunia telah menipu kita, bagaimana kita tertipu dengan hidup di dunia sementara ini. sehingga kini, ketika melihat gambar istana itu, masih teringat bagaiman sesaknya rasa dalam dada ketika itu.

credit

kata seorang teman jaulah, kita tidak diuji sebagaimana mereka diuji. kita tidak tahu apa yang kita akan buat andainya kita yang berada di tempat mereka, andai kita yang diuji denga kemewahan yang melimpah ruah. andai kita yang diuji dengan pangkat dan harat yang melalaikan. astaghfirullah, ya Allah pimpinlah kami.

selepas melepaskan diri dari kesesakan dada dalam istana, kami mula bergerak untuk mencari bas ke Eyup, untuk menjejak maqam Abu Ayyub al Ansari di Masjid Ayub. alhamdulillah, dalam kesesakan orang ramai di kawasan Eyup, kami mendengar laungan azan Zohor. kami segera bergerak ke masjid untuk menunaikan solat fardhu zohor. kelihatan ramai orang Islam berpusu-pusu ke dalam masjid.


manusia berpusu-pusu menyahut seruan solat

rupanya, di dalam masjid, keadaanya bukan seperti keadaan yang biasa saya lihat di Malaysia. jemaah sangat ramai menantikan bermulanya solat fardhu zohor, sehingga ke luar masjid. pihak masjid terpaksa membentangkan tikar demi memudahkan jemaah wanita menunaikan solat fardhu. kami terpaksa menyelit di celah sesak manusia yang sedang menanti bermulanya solat. kami terpaksa menyusup di celah jemaah untuk mencari secebis ruang menunaikan solat fardhu zohor.

selepas berjaya menunaikan solat fardhu zohor dan mengabaikan pandangan pelik penduduk setempat kepada kami, kami mula bergerak untuk mencari maqam Abu Ayyub al Ansari. pintu untuk masuk ke kawsan maqam penuh dengan manusia. rupanya selepas solat, mereka semua bepusu-pusu ke maqam beliau untuk menyedekahkan al fatihah. bukan sedikit yang berdiri di sebelah maqam, berpusu-pusu orang masuk dan berdiri di hadapan maqam. terkenang kembali semangat jihad yang ditunjukkan oleh Abu Ayyub al Ansari, dan akhirnya beliau dikurniakan syahid di jalan Allah.

di hadapan maqam Abu Ayyub al Ansari

selepas menyedekahkan al fatihah, kami duduk dalam bulatan di kawasan atas lantai masjid. sedang kami khusyuk mentadabbur ayat al quran, seorang makcik lalu melepasi kami dan senyum lalu memberi salam kepada kami. dai memandang kami bersungguh sungguh sambil tersenyum. kami pula yang tersipu. lalu salah seorang dari kami bangun lalu menghulur tangan keapda makcik itu. dipeluknya teman itu dengan erat seolah-olah kami merupakan sauadara mereka yang sudah lama terpisah. walaupun gagal berkomunikasi menggunakan bahasa, namun body gesture dan tindak tanduk makcik itu memberi kesan yang mendalam buat kami.
halaqah kami

tadabbur ayat

kurang lebih 5 buah keluarga yang ingin mengambil gambar dengan kami. tidak termasuk dengan mereka yang menghulurkan baklva buat kami. tidak lupa juga kepada makcik yang memberikan tasbih buat kami semua yang berada di dalam halaqah. yang paling mengharukan semua ahli jaulah ialah kesetiaan seorang makcik yang duduk bersama kami di dalam halaqah kurang lebih 30 minit sementara menanti masuknya waktu asar. dia duduk bersama kami memerhatikan setiap orang yang bercakap. walaupun jelas, dia tidak mengerti apa yang kami perkatakan kerana kami berbahasa melayu, dia tetap setia duduk dan mendengar dan sedikit-sedikit dia faham apabila kami merujuk kepada al quran di tangan masing-masing. mungkin hanya kerana kami berhijab, mendirikan solat dan memengang al quran, makcik itu percaya kami adalah saudaranya. dan kami juga percaya makcik itu adalah saudara kami.

3 Feb 2013, Ahad.

hari terkhir kami di Turki. esok perlu keluar awal ke lapangan terbang kerana flight pulang ke Dublin seawal jam 7.45 pagi. hari ini buat kali pertama menjejak Masjid Sultanahmet (masjid Biru). buat pertama dan terkahir kali, kami menunaikan solat subuh berjemaah di Masjid Biru. hati sudah merasa sayu untuk meninggalkan Istanbul. hati masih boleh menidakkan bahawa kami terpaksa pergi esok. namun, akal masih yakin bahawa walaupun jasad tidak lagi berada di situ, hati masih lagi tertaut di bumi Istanbul.
masjid biru versi sakinah

masjid biru waktu dhuha

selepas sarapan pagi, kami mula berjalan menuju ke Topkapi Palace. istana ini merupakan tempat kegemaran saya di Istanbul, semenjak kali pertama tiba di sini. saya terjatuh hati denag kerendahan seni bina dan ukiran di sini. saya terjatuh hati dengan kisah pembinaan istana ini di atas bukit, semata-mata agar mudah bagi Sultan Muhammad al Fateh mengawal tiga perairan yang mengelilingi Istanbul. saya terjatuh hati dengan  kedamaian taman yang sederhana di dalam istana ini. menurut teman jaulah yang secara tidak langsung menjadi tour guide kami, bilik Sultan Muhammad terletak di bahagian tertinggi di dalam istana ini, agar mudah bagi beliau mengawasi kawasan di sekitar istana.

pintu gerbang Topkapi Palace

taman dalam istana

menara tertinngi dalam Istana



selepas zohor, kami ke destinasi terkahir, Hagia Sophia. bangunan unik yang menjadi rebutan orang Islam dan Kristian. bangunan unik yang menjadi mercu tanda Istanbul, pintu kepada perluasan agam Islam ke Eropah. bangunan unik yang menyaksikan jatuhnya  kerajaan Byzantine dan digantikan oleh kerajaan Islam.

Hagia Sophia versi Sakinah

saya ditugaskan untuk membuat sedikit bacaan latar belakang (baca: background reading) berkenaan bangunan ini. tiada apa yang lebih menyayat hati berbanding melihat bagaimana bahagian dalam bangunan ini seolah-olah mengamlami krisis identiti. terdapat banyak ukiran bunga dan geometri, kalimah Allah, Muhammad, nama empat orang Khulafa Arrasyideen dan 10 sahabat yang  dijamain masuk syurga. bahkan, tempat muazzin melaungkan azan juga masih lagi dikekalkan.

bahagian dalam Hagia Sophia

namun di sebalik segala unsur Islam yang wujud, masih terdapat lukisan Virgin Mary dan Jesus terpampang di celah siling Hagia Sophia. tercalar imej Islam di dalam bangunan ini. sayu hati mengenangkan bangunan ini dahulunya pernah menjadi rumah Allah dan solat Jumaat pertama selepas pembukaan Constantinople dijalankan di sini. marah kepada mereka yang menukar masjid Aya Sophia kepada muzium dan mengikis kembalilukisan yang bertujuan menutup unsur-unsur Kristian di dalam bangunan itu.

''tegakkanlah Islam dalam diri kamu, nescaya Islam akan tertegak di muka bumi''. mungkin itu mesej yang patut saya bawa balik. mungkin itu sahajalah sebenarnya kunci kepada segala permasalahan. kalaupun Islam tertegak bukan pada waktu kita masih bernafas, kita tidak ingin ketinggalan dari menjadi salah satu anak tangga yang membawa keapda bangkitnya Islam semula.

saat tangan menekan kekunci laptop, hati rasa semakin berdebar. hati berasa sesak. kerana diri ini mula sedar sekarang bukan masanya untuk berlengah. kerana diri ini mulai sedar, kita tidak boleh terus mengharapkan orang lain untuk menjalankan tanggungjawab sebagai khalifah, sedang kita hanya duduk memerhatikan. moga Allah redha perjalanan itu, moga hati ini menjadi semakin kuat. semakin kuat untuk Dia.

wassalam.

nota 1; tidak mampu untuk memeruskan penulisan. azam pada diri, mahu terus senyum :)

nota 2: selamat mulakan langkah baru, go JC2. bismillahi tawakkaltu alallah.

nota 3: aseef atas segala kekurangan.

''wahai orang-orang yang beriman!bertakwalah kepada Allah dan carilah wasilah (jalan) untuk mendekatkan diri kepadaNya, dan berjihadlah (berjuanglah) di jalanNya agar kamu beruntung'' [al maidah:35]

Friday, February 8, 2013

buyuk fateh part 2

assalamualaikum wbt,

Allah bears witness that there is no god but He, and (so do) the angels and those possessed of knowledge, maintaining His creation with justice; there is no god but He, the Mighty, the Wise. [ali Imran: 18]
31 Januari 2013 KHAMIS, pergerakan bermula awal memandangkan kami perlu mengejar flight seawal jam 1030 pagi dari Kayseri Erkelit Airport ke Sabiha Gocken Airport di Istanbul. alhamdulillah selama sejam berada di udara, penerbangan berjalan lancar dan kami selamat tiba di Istanbul.

kami dijemput oleh shuttle dari hotel yang membawa kami ke Istanbul Paris Hotel and Hostel di tengah ibu kota Istanbul. hotel bajet ini terletak di kawasan Sultanahmet, berdekatan dengan Hagia Sophia, Masjid Sultanhamet (Masjid Biru), Topkapi Palace dan Grand Bazaar. kawasan hotel itu juga berdekatan dengan stesen tram dan stesen bas yang menjadi antara pengangkutan utama di Istanbul.

sepanjang perjalanan dari lapangan terbang ke hotel, pemandangan sangat mengujakan kami. sangat banyak menara masjid dan bangunan masjid yang menyapa pandangan kami. tidak dapat kami bezakan antara masjid yang banyak di tengah kawasan berbukit bukau di kota Istanbul. terlalu banyak masjid terletak di kota Istanbul dan senibinanya semua kelihatan sama, dipengaruhi seni bina Hagia Sophia.

tapi satu perkara yang saya rasa kagum sepanjang berada si sini ialah kebanyakan wanita yang berhijab di sini sering tersenyum melihat kami dan ingin bertegur sapa. paling mengharukan, seorang makcik ini menghulur plastik berisis roti Turki kepada kami sewaktu kami baru tiba di Istanbul.

tak dapat digambarkan bagaimana perasaan syukur dan disayangi berada di tempat asing. subhanallah, terasa seperti ingin belajar bahasa Turki untuk berkongsi perasaan dengan makcik-makcik ini :)

setibanya di tempat penginapan, kami menyimpan beg dan terus menuju ke restoran berdekatan untuk makan tengah hari. dalam kesejukan hujan lebat di ibu kota Istanbul, kami masuk ke sebuah kedai yang menjual nasi dan lauk secara bufet.

setelah siap menjamu selera dan dibelanja teh epal yang terkenal di Turki ini, kami pun bangun untuk menjelaskan bayaran. tapi, kami dikejutkan dengan senyuman pakcik itu yang membuat isyarat tangan seolah-olah tak perlu bayar.

kami terkesima seketika. inginkan kepastian, kami bertanya sekali lagi, dia dengan yakin senyum dan mengisyaratkan bahawa salah seorang pelanggan telah membayarkan makanan kami. subhanallah, mungkin dia kasihan melihatkan kami semua yang berbadan kecil berjalan di tengah kota Istanbul tanpa bimbingan penjaga.

1 Februari 2013; JUMAAT langkah pertama menjejak al fatih bermula. selepas dikejutkan oleh azan subuh yang saling bersahutan, kami menunaikan solat subuh dan bersiap untuk memulakan perjalanan pada hari itu.

misi hari pertama di Istanbul ialah menjejak Masjid Fatih di mana terletaknya Maqam Sultan Muhammad al Fatih. dalam kesibukan waktu pagi, kami menapak di celah orang ramai yang sibuk menuju ke tempat kerja masing-masing.

akhirnya ketemu jua dengan bas yang bakal membawa kami ke Fatih Cami, terletak di kawasan Fatih, Istanbul. setelah berjalan dan bertanya kepada orang sekeliling, kami berjaya menemui pintu masuk ke masjid yang terletak berdekatan dengan kawasan bazaar.

Fatih Cami


Fatih Cami

Fatih Cami

dalam Fatih Cami





kami terus meuju ke kawasan belakang masjid lalu menemui kawasan maqam sultan muhammad al fatih. apabila berpeluang masuk ke dalam Maqam Sultan Muhammad Al Fatih, perasan saya bercampur baur. di sinilah rupanya jasad sebaik-baik raja yang terlah berjaya membuka Constantinople hasil perancangan yang teliti dan sebaik-baik tentera; disemadikan.

orang tidak putus-putus berkunjung ke maqam baginda untuk mendoakan baginda. kini saya berada dekat dengan baginda yang sering diperkatakan sebagai the great conqouerer. subhanallah, dia telah sedaya upaya menjalankan tugasnya sebagai khalifah di muka bumi dan juga sebagai abid yang patuh kepada Allah.

maqam Sultan Muhammad al Fateh

Fatih Turbesi

bahagian luar Fatih Turbesi

selepas menunaikan solat zohor, kami berada dalam misi mencari tour guide yang telah ditugaskan unutk membawa kami menaiki Bosphorus cruise. dalam kesesakan orang ramai yang berkunjung ke Fatih Cami untuk menunaikan solat Jumaat, akhirnya ketemu juga dengan pakcik itu.

dia segera membawa kami ke Eminonu untuk menaiki feri membelah selat bosphorus. perkara yang menarik dalam cruise ini ialah, kami telah membuka peta besar (ihsan pakcik restoran tempat makan tengah hari) dan meminta pakcik tour guide untuk menerangkan kepada kami bagaimana strategi perang sultan muhammad al fateh.

credit

kisahnya, sultan muhammad telah membina Rumeli Hissari di bahagian eropah berhadapan dengan Anadolu Hissari yang terletak di bahagian Asia. Anadolu Hissari telah dibina oleh datuk sultan muhammad al fateh, Sultan Bayezid 1 pada zaman pemerintahnnya.

benteng ini bertujuan untuk mengawal laluan sepanjang selat bosphorus. pada masa yang sama, kerajaan byzantine telah meletakkan rantai besi merentasi Golden Horn demi menghalang kemaraan tentera Islam yang cuba menawan Constantinople. strategi ini ternyata berjaya melengahkan tentera Islam.

tapi, sultan muhammad al fateh tidak mengaku kalah. beliau berdoa kepada Allah dan memperoleh ilham untuk menarik kapal ke atas daratan. beliau telah mengarahkan tentera Islam untuk menarik kira-kira 400 buah kapal merentasi daratan dari Besiktas merentasi bukit bukau di atas kayu yang dilumur lemak binatang dalam satu malam sehingga mereka berjaya sampai di bahagian yang tidak dilindungi di Golden Horn.

rupa-rupanya pada malam itu juga, gerhana berlaku yang menyebabkan tentera Byzantine tidak perasan bahawa tentera Islam sedang menarik kapal merentasi daratan. memikirkan betapa berat kapal itu, pastinya iman para tentera yang menarik kapal itu sangat kuat. mereka percaya dengan kebijaksanaan pemimpin mereka dan tidak membantah apabial diarahkan.

sebaik pagi menjelma, tentera Byzantine terkejut melihatkan tentera Islam telah berjaya merentasi rantai besi yang sepatutnya menjadi penghalang. kapal perang tentera Islam telah berada dalam teluk Golden Horn.

alhamdulillah, Allah yang izinkan segalanya. setelah mendengar kisah yang sangat inspiring itu, masing-masing melayan perasaan sendiri. saya sendiri terdiam memikirkan apa yang berlaku. saya sendiri kagum dengan sebaik-baik raja dan sebaik-baik tentera itu.

bayangkan mereka berjaya menggugat perasaan musuh dengan menunaikan solat jemaah di hadapan tembok kota. bayangkan suara 250 ribu tentera memecah kesunyian mengangkat takbir. bayangkan keyakinan raja dan tentera itu untuk menawan kota yang selama ini gagal ditawan oleh raja-raja sebelumnya. akhirnya, Sultan Muhammad al Fatih berjaya selepas 29 kali cubaan.

kejayaan tidak akan datang bergolek. usaha perlu dijalankan seiring dengan doa yang tidak putus-putus, yakin dan tawakkal dengan pertolongan Allah. jangan mudah mengaku kalah apabila gagal sekali. sunnatullah dan syariatullah perlu seiring baharulah kejayaan berganda dapat kita peroleh.

video dokumentari tentang sultan muhammad al fateh boleh ditonton di sini.

yuk, mula sekarang!

pemandangan merentasi selat bosphorus

pelancong yang memenuhi bot sepanjang cruise

pemandangan Istanbul dari atas bukit Pierre Loti


wasalam wbt.

nota 1: mood al fateh melanda diri sewaktu menulis post ini. perlu lebih positif dengan diri sendiri :) cheer up!
nota 2: lagi dua hari sebelum new term start. Allah permudahkanlah!




buyuk fateh part 1

assalamualaikum wbt.

sabda rasulullah ketika menggali parit dalam perang Khandaq, ''Konstantinople akan jatuh ke tangan tentera Islam. rajanya adalah sebaik-baik raja, tenteranya adalah sebaik-baik tentera. (Hadis riwayat Imam Ahmad bin Hanbal)

sebaik meletak pen selepas menjawab kertas terakhir peperiksaan final JC1, mood vacation pun bermula. pergi ke Turki kerana ingin menjejak Sultan Muhammad al Fateh, the Great Conqourer.

28 Januari 2013 ISNIN, perjalanan bermula. sejak dari Dublin, masing-masing berusaha betulkan niat, agar perjalanan tidak menjadi sia-sia. alhamdulillah, walau terpaksa keluar rumah seawal jam 7.30 pagi ke Dublin airport, masing-masing kelihatan sangat teruja menantikan apa yang bakal berlaku. kurang lebih jam 8.15 pagi, kami tiba di airport dan segera check in. alhamdulillah, flight berlepas pada jam 1105 pagi dan tiba di Istanbul kira-kira jam 5 petang. kami bergegas menaiki metro dari Ataturk Havalimani (airport) ke Buyuk Otogar (perhentian bas utama) untuk menaiki bas ke Goreme, salah satu bandar dalam Cappadocia. perjalanan dari Istanbul ke Cappadocia memakan masa 10 jam memandangkan Cappadocia terletak dalam daerah Nevsehir di Central Anatolia. sepanjang malam, kami tidur keletihan di dalam bas menanti dengan sabar bilakah akan tiba ke destinasi. pada masa itu sudah mula terasa asing di Turki memandangkan bahasa menjadi penghalang komunikasi kami.


Ataturk Havalimani, perjalanan bermula

29 Januari 2013 SELASA, 8.30 pagi selamat tiba di Cappadocia. dalam kepenatan sepanjang berada di dalam bas, kami dikejutkan dengan turun salji yang memutih, di atas beg masing-masing. buat kami yang tak pernah merasai bagaimana rasanya berada di bawah timbunan salji yang menebal, kami berasa sangat bersyukur dan teruja. salji turun mencurah-curah seolah-olah menambut kedatangan kami ke Turki. setelah meletakkan beg, pak cik tour guide pun tiba. dia membawa kami ke Goreme open air museum, melihat pembentukan batu yang unik hasil dari letusan gunung berapi. apa yang menariknya di sini, bukit berbatu itu diukir dan ditebuk menjadi rumah dan penempatan di dalam gua. memandangkan Cappadocia ini merupkan salah satu tempat yang mula-mula diduduki oleh orang Kristian, kebanyakan senibina di sini dijadikan gereja. di sini ada banyak pembentukan gua dan bukit berbatu yang menghasilkan bentuk yang unik.





menurut pakcik tour guide, semuanya terhasil secara semula jadi. tapi, kami diingatkan semula oleh jaulahmate bahawa tiada apa yang terhasil dengan sendirinya melainkan Allah ynag berkuasa menjadikan seluruh alam mengikut kehendakNya. bukit berbukau dan gunung ganang menjadi tarikan pelancong ke sini. pembentukan batu yang unik ini merupakan hasil daripada letusan gunung berapi yang membentuk lapisan-lapisan yang cantik.





okay saya tiada perasaan sedikit sewaktu berada di Cappadocia. (shame on you!) yang menarik minat saya hanyalah makanan yang sedap dan menjadi hidangan makan malam kami di sini. roti di Turki tetap menjadi pilihan saya :)




30 Januari 2013 SELASA, perjalanan di Cappadocia diteruskan dan kami masih lagi disajikan dengan keindahan alam ciptaan Illahi. yang uniknya, kami dibawa ke underground city untuk melihat bagaimana orang dahulu kala hidup di bawah tanah. underground city ini saling berhubung antara satu sama lain dan menjadi tempat perlindungan orang kritstian daripada serangan orang Rom. perasaannya masih sama, kagum dengan ciptaan Illahi yang tidak dapat ditandingi oleh manusia.

indeed there have been examples before you, therefore travel in the Earth and see what was the end of rejecters [ali imran: 137]

alhamdulillah perjalanan hari ini lebih menarik kerana diserikan dengan kehadiran pelajar Malaysia dari Mesir yang turut sama berkunjung ke Turki. alhamdulillah banyak yang kami bualkan, dan banyak juga kisah suka duka belajar di luar negara kami kongsi bersama.

alhamdulillah, perkara yang menarik di Cappadocia semestinya kehadiran salji yang menyambut kehadiran kami, pemilik kedai makanan Turki yang sangat mesra dengan kami, roti Turki yang sedap dicicah dengan sup ayam, teh epal Turki yang mengancam, pertama kali merasakan Turkish breakfast, merasakan bagaimana duduk di dalam hotel di dalam gua, dan keindahan bukit berbukau yang sangat lain dari yang biasa saya lihat di Malaysia mahupun di Dublin.



kami tidur awal malam itu kerana perlu bangun awal keesokan hari untuk perjalanan ke Istanbul.

wassalam.

nota: sedang berusaha keras menyambung penulisan entri jaulah turki.tidak tahu bagaimana hendak menyusun ayat. biiznillah