cari-cari

Pages

Friday, February 8, 2013

buyuk fateh part 1

assalamualaikum wbt.

sabda rasulullah ketika menggali parit dalam perang Khandaq, ''Konstantinople akan jatuh ke tangan tentera Islam. rajanya adalah sebaik-baik raja, tenteranya adalah sebaik-baik tentera. (Hadis riwayat Imam Ahmad bin Hanbal)

sebaik meletak pen selepas menjawab kertas terakhir peperiksaan final JC1, mood vacation pun bermula. pergi ke Turki kerana ingin menjejak Sultan Muhammad al Fateh, the Great Conqourer.

28 Januari 2013 ISNIN, perjalanan bermula. sejak dari Dublin, masing-masing berusaha betulkan niat, agar perjalanan tidak menjadi sia-sia. alhamdulillah, walau terpaksa keluar rumah seawal jam 7.30 pagi ke Dublin airport, masing-masing kelihatan sangat teruja menantikan apa yang bakal berlaku. kurang lebih jam 8.15 pagi, kami tiba di airport dan segera check in. alhamdulillah, flight berlepas pada jam 1105 pagi dan tiba di Istanbul kira-kira jam 5 petang. kami bergegas menaiki metro dari Ataturk Havalimani (airport) ke Buyuk Otogar (perhentian bas utama) untuk menaiki bas ke Goreme, salah satu bandar dalam Cappadocia. perjalanan dari Istanbul ke Cappadocia memakan masa 10 jam memandangkan Cappadocia terletak dalam daerah Nevsehir di Central Anatolia. sepanjang malam, kami tidur keletihan di dalam bas menanti dengan sabar bilakah akan tiba ke destinasi. pada masa itu sudah mula terasa asing di Turki memandangkan bahasa menjadi penghalang komunikasi kami.


Ataturk Havalimani, perjalanan bermula

29 Januari 2013 SELASA, 8.30 pagi selamat tiba di Cappadocia. dalam kepenatan sepanjang berada di dalam bas, kami dikejutkan dengan turun salji yang memutih, di atas beg masing-masing. buat kami yang tak pernah merasai bagaimana rasanya berada di bawah timbunan salji yang menebal, kami berasa sangat bersyukur dan teruja. salji turun mencurah-curah seolah-olah menambut kedatangan kami ke Turki. setelah meletakkan beg, pak cik tour guide pun tiba. dia membawa kami ke Goreme open air museum, melihat pembentukan batu yang unik hasil dari letusan gunung berapi. apa yang menariknya di sini, bukit berbatu itu diukir dan ditebuk menjadi rumah dan penempatan di dalam gua. memandangkan Cappadocia ini merupkan salah satu tempat yang mula-mula diduduki oleh orang Kristian, kebanyakan senibina di sini dijadikan gereja. di sini ada banyak pembentukan gua dan bukit berbatu yang menghasilkan bentuk yang unik.





menurut pakcik tour guide, semuanya terhasil secara semula jadi. tapi, kami diingatkan semula oleh jaulahmate bahawa tiada apa yang terhasil dengan sendirinya melainkan Allah ynag berkuasa menjadikan seluruh alam mengikut kehendakNya. bukit berbukau dan gunung ganang menjadi tarikan pelancong ke sini. pembentukan batu yang unik ini merupakan hasil daripada letusan gunung berapi yang membentuk lapisan-lapisan yang cantik.





okay saya tiada perasaan sedikit sewaktu berada di Cappadocia. (shame on you!) yang menarik minat saya hanyalah makanan yang sedap dan menjadi hidangan makan malam kami di sini. roti di Turki tetap menjadi pilihan saya :)




30 Januari 2013 SELASA, perjalanan di Cappadocia diteruskan dan kami masih lagi disajikan dengan keindahan alam ciptaan Illahi. yang uniknya, kami dibawa ke underground city untuk melihat bagaimana orang dahulu kala hidup di bawah tanah. underground city ini saling berhubung antara satu sama lain dan menjadi tempat perlindungan orang kritstian daripada serangan orang Rom. perasaannya masih sama, kagum dengan ciptaan Illahi yang tidak dapat ditandingi oleh manusia.

indeed there have been examples before you, therefore travel in the Earth and see what was the end of rejecters [ali imran: 137]

alhamdulillah perjalanan hari ini lebih menarik kerana diserikan dengan kehadiran pelajar Malaysia dari Mesir yang turut sama berkunjung ke Turki. alhamdulillah banyak yang kami bualkan, dan banyak juga kisah suka duka belajar di luar negara kami kongsi bersama.

alhamdulillah, perkara yang menarik di Cappadocia semestinya kehadiran salji yang menyambut kehadiran kami, pemilik kedai makanan Turki yang sangat mesra dengan kami, roti Turki yang sedap dicicah dengan sup ayam, teh epal Turki yang mengancam, pertama kali merasakan Turkish breakfast, merasakan bagaimana duduk di dalam hotel di dalam gua, dan keindahan bukit berbukau yang sangat lain dari yang biasa saya lihat di Malaysia mahupun di Dublin.



kami tidur awal malam itu kerana perlu bangun awal keesokan hari untuk perjalanan ke Istanbul.

wassalam.

nota: sedang berusaha keras menyambung penulisan entri jaulah turki.tidak tahu bagaimana hendak menyusun ayat. biiznillah

No comments:

Post a Comment