Allah bears witness that there is no god but He, and (so do) the angels and those possessed of knowledge, maintaining His creation with justice; there is no god but He, the Mighty, the Wise. [ali Imran: 18]31 Januari 2013 KHAMIS, pergerakan bermula awal memandangkan kami perlu mengejar flight seawal jam 1030 pagi dari Kayseri Erkelit Airport ke Sabiha Gocken Airport di Istanbul. alhamdulillah selama sejam berada di udara, penerbangan berjalan lancar dan kami selamat tiba di Istanbul.
kami dijemput oleh shuttle dari hotel yang membawa kami ke Istanbul Paris Hotel and Hostel di tengah ibu kota Istanbul. hotel bajet ini terletak di kawasan Sultanahmet, berdekatan dengan Hagia Sophia, Masjid Sultanhamet (Masjid Biru), Topkapi Palace dan Grand Bazaar. kawasan hotel itu juga berdekatan dengan stesen tram dan stesen bas yang menjadi antara pengangkutan utama di Istanbul.
sepanjang perjalanan dari lapangan terbang ke hotel, pemandangan sangat mengujakan kami. sangat banyak menara masjid dan bangunan masjid yang menyapa pandangan kami. tidak dapat kami bezakan antara masjid yang banyak di tengah kawasan berbukit bukau di kota Istanbul. terlalu banyak masjid terletak di kota Istanbul dan senibinanya semua kelihatan sama, dipengaruhi seni bina Hagia Sophia.
tapi satu perkara yang saya rasa kagum sepanjang berada si sini ialah kebanyakan wanita yang berhijab di sini sering tersenyum melihat kami dan ingin bertegur sapa. paling mengharukan, seorang makcik ini menghulur plastik berisis roti Turki kepada kami sewaktu kami baru tiba di Istanbul.
tak dapat digambarkan bagaimana perasaan syukur dan disayangi berada di tempat asing. subhanallah, terasa seperti ingin belajar bahasa Turki untuk berkongsi perasaan dengan makcik-makcik ini :)
setibanya di tempat penginapan, kami menyimpan beg dan terus menuju ke restoran berdekatan untuk makan tengah hari. dalam kesejukan hujan lebat di ibu kota Istanbul, kami masuk ke sebuah kedai yang menjual nasi dan lauk secara bufet.
setelah siap menjamu selera dan dibelanja teh epal yang terkenal di Turki ini, kami pun bangun untuk menjelaskan bayaran. tapi, kami dikejutkan dengan senyuman pakcik itu yang membuat isyarat tangan seolah-olah tak perlu bayar.
kami terkesima seketika. inginkan kepastian, kami bertanya sekali lagi, dia dengan yakin senyum dan mengisyaratkan bahawa salah seorang pelanggan telah membayarkan makanan kami. subhanallah, mungkin dia kasihan melihatkan kami semua yang berbadan kecil berjalan di tengah kota Istanbul tanpa bimbingan penjaga.
1 Februari 2013; JUMAAT langkah pertama menjejak al fatih bermula. selepas dikejutkan oleh azan subuh yang saling bersahutan, kami menunaikan solat subuh dan bersiap untuk memulakan perjalanan pada hari itu.
misi hari pertama di Istanbul ialah menjejak Masjid Fatih di mana terletaknya Maqam Sultan Muhammad al Fatih. dalam kesibukan waktu pagi, kami menapak di celah orang ramai yang sibuk menuju ke tempat kerja masing-masing.
akhirnya ketemu jua dengan bas yang bakal membawa kami ke Fatih Cami, terletak di kawasan Fatih, Istanbul. setelah berjalan dan bertanya kepada orang sekeliling, kami berjaya menemui pintu masuk ke masjid yang terletak berdekatan dengan kawasan bazaar.
![]() |
| Fatih Cami |
![]() |
| Fatih Cami |
![]() |
| Fatih Cami |
![]() |
| dalam Fatih Cami |
kami terus meuju ke kawasan belakang masjid lalu menemui kawasan maqam sultan muhammad al fatih. apabila berpeluang masuk ke dalam Maqam Sultan Muhammad Al Fatih, perasan saya bercampur baur. di sinilah rupanya jasad sebaik-baik raja yang terlah berjaya membuka Constantinople hasil perancangan yang teliti dan sebaik-baik tentera; disemadikan.
orang tidak putus-putus berkunjung ke maqam baginda untuk mendoakan baginda. kini saya berada dekat dengan baginda yang sering diperkatakan sebagai the great conqouerer. subhanallah, dia telah sedaya upaya menjalankan tugasnya sebagai khalifah di muka bumi dan juga sebagai abid yang patuh kepada Allah.
![]() |
| maqam Sultan Muhammad al Fateh |
![]() |
| Fatih Turbesi |
![]() |
| bahagian luar Fatih Turbesi |
selepas menunaikan solat zohor, kami berada dalam misi mencari tour guide yang telah ditugaskan unutk membawa kami menaiki Bosphorus cruise. dalam kesesakan orang ramai yang berkunjung ke Fatih Cami untuk menunaikan solat Jumaat, akhirnya ketemu juga dengan pakcik itu.
dia segera membawa kami ke Eminonu untuk menaiki feri membelah selat bosphorus. perkara yang menarik dalam cruise ini ialah, kami telah membuka peta besar (ihsan pakcik restoran tempat makan tengah hari) dan meminta pakcik tour guide untuk menerangkan kepada kami bagaimana strategi perang sultan muhammad al fateh.
![]() |
| credit |
kisahnya, sultan muhammad telah membina Rumeli Hissari di bahagian eropah berhadapan dengan Anadolu Hissari yang terletak di bahagian Asia. Anadolu Hissari telah dibina oleh datuk sultan muhammad al fateh, Sultan Bayezid 1 pada zaman pemerintahnnya.
benteng ini bertujuan untuk mengawal laluan sepanjang selat bosphorus. pada masa yang sama, kerajaan byzantine telah meletakkan rantai besi merentasi Golden Horn demi menghalang kemaraan tentera Islam yang cuba menawan Constantinople. strategi ini ternyata berjaya melengahkan tentera Islam.
tapi, sultan muhammad al fateh tidak mengaku kalah. beliau berdoa kepada Allah dan memperoleh ilham untuk menarik kapal ke atas daratan. beliau telah mengarahkan tentera Islam untuk menarik kira-kira 400 buah kapal merentasi daratan dari Besiktas merentasi bukit bukau di atas kayu yang dilumur lemak binatang dalam satu malam sehingga mereka berjaya sampai di bahagian yang tidak dilindungi di Golden Horn.
rupa-rupanya pada malam itu juga, gerhana berlaku yang menyebabkan tentera Byzantine tidak perasan bahawa tentera Islam sedang menarik kapal merentasi daratan. memikirkan betapa berat kapal itu, pastinya iman para tentera yang menarik kapal itu sangat kuat. mereka percaya dengan kebijaksanaan pemimpin mereka dan tidak membantah apabial diarahkan.
sebaik pagi menjelma, tentera Byzantine terkejut melihatkan tentera Islam telah berjaya merentasi rantai besi yang sepatutnya menjadi penghalang. kapal perang tentera Islam telah berada dalam teluk Golden Horn.
alhamdulillah, Allah yang izinkan segalanya. setelah mendengar kisah yang sangat inspiring itu, masing-masing melayan perasaan sendiri. saya sendiri terdiam memikirkan apa yang berlaku. saya sendiri kagum dengan sebaik-baik raja dan sebaik-baik tentera itu.
bayangkan mereka berjaya menggugat perasaan musuh dengan menunaikan solat jemaah di hadapan tembok kota. bayangkan suara 250 ribu tentera memecah kesunyian mengangkat takbir. bayangkan keyakinan raja dan tentera itu untuk menawan kota yang selama ini gagal ditawan oleh raja-raja sebelumnya. akhirnya, Sultan Muhammad al Fatih berjaya selepas 29 kali cubaan.
kejayaan tidak akan datang bergolek. usaha perlu dijalankan seiring dengan doa yang tidak putus-putus, yakin dan tawakkal dengan pertolongan Allah. jangan mudah mengaku kalah apabila gagal sekali. sunnatullah dan syariatullah perlu seiring baharulah kejayaan berganda dapat kita peroleh.
video dokumentari tentang sultan muhammad al fateh boleh ditonton di sini.
yuk, mula sekarang!
![]() |
| pemandangan merentasi selat bosphorus |
![]() |
| pelancong yang memenuhi bot sepanjang cruise |
![]() |
| pemandangan Istanbul dari atas bukit Pierre Loti |
nota 1: mood al fateh melanda diri sewaktu menulis post ini. perlu lebih positif dengan diri sendiri :) cheer up!
nota 2: lagi dua hari sebelum new term start. Allah permudahkanlah!












No comments:
Post a Comment