cari-cari

Pages

Saturday, November 9, 2013

baru

assalamualaikum wbt.

alkisahnya haritu baru disedarkan dalam satu program. sibuk bukan alasan untuk tidak menulis.

alhamdulillah, Allah masih beri pelua ng untuk menulis. menulis bukan untuk suka-suka ikut nafsu, tapi menulis sebagai abid kepada Dia.

alhamdulillah, Allah uji dengan kesihatan, sebab kadang kadang, kita tak perasan kesihatan yang Allah beri merupakan ujian yang sangat besar. kadang-kadang, bila kita ingat kita sihat selalu, kita  rasa kita indestructible. kononnya,  tak akan mampu dikalahkan.

salah konsep tu. kita hanya hamba Dia yang maha Besar. kadang kadang kita tak perasan rasa ujub takbur yang kita ada, bila kita rasa kita sihat selalu.

jom bermuhasabah. agar setiap nafas kita, ada syukur. supaya kita rasa, bahawa setiap saat Allah pilih kita unutk hidup, Allah masih sayangkan kita. supaya kita sedar bahawa sakit ataupun sihat, kita perlu bersyukur. sebab Allah asSyakur. itu je :)

maka, adapun manusia, apabila Tuhan mengujinya lalu memuliakannya dan memberinya kesenangan, maka dia berkata, ''Tuhanku telah memuliakanku''
namun apabila tuhan mengujinya, lalu membatasi rezekinya, maka dia berkata, ''Tuhanku telah menghinaku'' [al fajr: 15-16]

wassalam.

nota: istiqamah :)

 

Saturday, September 21, 2013

rindu

Allah, help me to get to know you better.
Allah, help me to purify my intention.
Allah, help me to break away from jail of sins.

I know, You always give me what I need.
indeed, I will try my best,
if You allow me.

bismillahi tawakkaltu alallah.


Thursday, August 8, 2013

satu syawal

assalamualaikum wbt.

dan ingatlah ketika ibrahim berkata, "ya tuhanku, perlihatkanlah kepadaku, bagaimana engkau menghidupkan orang yang telah mati?" 
Allah berfirman "belum percayakah engkau?"
dia menjawab, "aku percaya tapi agar hatiku tenang"
Dia berfirman, "kalau begitu ambillah empat ekor burung lalu cincanglah olehmu kemudian letakkan di atas satu bukit, satu bahagian, kemudian panggillah mereka, nescaya mereka datang kepadamu dengan segera"
ketahuilah bahawa allah maha perkasa, maha bijaksana.

(2:260)

teringat satu proverb english, curiosity kills the cat.
maksudnya, terlalu banyak pertanyaan membawa padah kepada si penanya.

tapi tidak dalam alquran, dan juga tidak dalam islam.
kita perlu bertanya untuk menguatkan lagi akidah kita.
seperti kisah nabi ibrahim yang allah abadikan dalam alquran

dalam proses pencarian erti sebenar saya memeluk islam, bertanya itu perlu.
tapi, awas bukan kerana ingin mempersoalkan hukum Allah, tapi agar kita menjadi lebih beriman dengan apa yang kita pegang.
kerana beriman bererti percaya, dan percaya dikuatkan lagi dengan yakin.
seperti kisah pemanah tepat dan epal di atas kepala.

terutama zaman sekarang, saat ramai yang menganut islam kerana agama warisan
tanpa menghayati nikmat sebenar mendapat iman dan islam
lalu terjadilah situasi, orang islam sendiri yang menentang hukum islam
orang islam sendiri yang menentang pemerintahan islam.

mesejnya bukan apa, cuba hanya mahu membawa mesej, jangan takut untuk bertanya.
dan setelah percaya dan yakin akan ajaran islam yang sebenar, jangan takut untuk menjelaskan kepada yang belum tahu.
jangan jadi pak turut sahaja, yang mengikut adat yang diwarisi turun temurun daripada orang terdahulu.
jangan jadi seperti orang arab jahiliyyah dahulu,yang menyembah berhala dan tidak mahu menerima risalah Islam, hanya kerana mengikut adat resam nenek moyang.

tegakkanlah islam dalam dirimu, nescaya islam tertegak di muka bumi ini.
wallahu alam.
salam 1 Syawal 1434H

 

                                        

Tuesday, August 6, 2013

kerana aku perlu bergerak

assalamualaikum wbt.

sebelum mula solat isya' hari ni, start tadabbur surah al baqarah, ayat 43

"dan laksanakanlah solat, tunaikanlah zakat, dan rukuklah beserta orang-orang yang rukuk"

saat itu, teringat sahabat perjuangan. sebab satu frasa, 'rukuklah bersama orang yang rukuk'
Allah tak kata, rukuklah seorang diri, tapi bersama orang lain, yang juga sedang rukuk.
Allah tak kata, rukuklah bersama orang yang sujud, tapi Allah pesan suruh rukuk bersama orang yang sama pace dengan kita, iaitu orang yang juga sedang rukuk.
kerana allah tahu, kita tak mampu buat semua ini; sendiri.

"dakwah itu bukan kerja main2.
kena menjadi lebih proaktif selepas ni.
perlukan cara yang lebih muntij
kena kuatkan semangat"

benarlah dakwah ini bukan kerja main2. perlu disusun.
bukan sahaja nak score exam perlukan strategi,
malah nak berdakwah, juga perlukan strategi

kenapa extreme sangat nak sibuk-sibuk hal dakwah?
penaja hantar sana suruh belajar medic bukan buat dakwah.

sebab
mahu redha Allah.
bagaimana mahu berjumpa Allah saat kita belum laksanakan tanggungjawab kita?

rasa macam dah buat banyak??
rasa mcam dah lenguh kaki berlari kejar gerabak DnT yang dah jauh bergerak?
hey tengok sirah lah
reflect mcam mana rasulullah dihina.
bukan sekadar ejek2 tau
tapi kena baling batu sampai berdarah2
tapi baginda, keep on moving.
kerana baginda jelas, apa yang ada di hadapan.

subhanallah, kalau kita tajdid niat selalu,
inshaAllah, okay je.

"sabar tu, bukan sekadar external factor je,
malah internal factor juga perlukan kesabaran
bersabar denagn kelemahan dan kekhilafan diri sendiri"


jahiliyah??
umar lagi dahsyat kot
tapi lepas dapat sentuhan tarbiyah, umar berubah
menjadi orang yang digeruni,
"mulianya aku, kerana Islam"
itu kata Umarlah. kata aku?

"inshaAllah, kalau medic kita boleh buat, dakwah juga kita boleh buat"
if we believe in ourselves

"boleh kot istighfar dan betulkan niat
lillahi taala."

"dan mohonlah pertolongan (kepada Allah), dengan sabar dan solat. dan (solat) itu sungguh berat, kecuali bagi orang-orang yang khusyu" [2:45]


Wednesday, July 10, 2013

marhaban ya ramadhan

assalamualaikum wbt.

"dan bersabarlah (muhammad) dan kesabaranmu itu semata-mata dgn pertolongan Allah dan janganlah engkau bersedih hati terhadap (kekafiran) mereka dan jangan (pula) bersempit dada terhadap tipu daya yang mereka rencanakan.

sungguh, Allah bersama orang2 yang bertakwa dan berbuat kebaikan"

16:127-128

ramadhan tiba, syaitan diikat.
tiada sebab munasabab yang lebih kukuh untuk mengatakan syaitan lah punca kemalasan untuk bermujahadah.

"kalau tak cukup sabar lagi, maksudnya kena lah cek solat tu"
ouch!

misi besar ramdhan kali ini, tarbiyah diri sendiri.
there are lots to be done.
dua please.
allah menurut sangkaan hambaNya.

salam 1 ramadhan.

note: cause posting on facebook is too mainstream

Monday, July 8, 2013

of summer

assalamualaikum wbt.

hendaknya yang hadir menyampaikan kepada yang gaib (tidak hadir). kerana mungkin yang diberi tahu itu lebih faham berbanding yang mendengar langsung.
(HR Bukhari)

subhanallah astaghfirullah,
jangan terasa berat untuk menyampaikan
sedangkan telah jelas dalil untuk menyampaikan.
allahu, benarkan niat kami.

sudah empat hari pulang dari daurah pembukaan,
sudah buat resolusi untuk diri sendiri. baca: surat wasiat
sudah tampal di dinding, atas meja study.
sudah tahu apa yang perlu dilakukan.

namun hati, masih punya banyak alasan.
namun, minda, masih belum mampu fokus dengan matlamat sebenar.

apa masalahnya?
diri sendiri ynag tidak reti menghargai.
nikmat masa lapang yang allah berikan.
sepatutnya guna untuk menimba ilmu.
namun yang dibuat, melayan hawa sendiri.

astaghfirullah, kembalilah.
kembalilah kepada Dia.

57:16
wassalam.

Tuesday, June 25, 2013

been there, done that

assalamualaikum wbt

'bukankah kami telah melapangkan dadamu, (muhammad)
dan kami telah pun menurunkan bebanmu darimu,
yang memberatkan punggungmu, 
dan kami tinggikan sebutan (namamu) bagimu
maka sesungguhnya bersama kesulitan ada kemudahan
sesungguhnya bersama kesulitan ada kemudahan
maka apabila engkau telah selesai (dari suatu urusan), tetaplah bekerja keras (untuk urusan lain)
dan hanya kepada tuhanmulah kamu berharap'

asy-syarh:1-8

tadi sudah berjanji pada diri sendiri
untuk share ayat ini, tapi tidak sempat pun nak share

terus sibuk dengan urusan urusan lain yang buat saya terlupa
subhanallah lalu allah ingatkan saya kembali tentang ayat ini

hanya hati yang bersih dapat menyampaikan kepada orang lain,
hati saya belum cukup bersih untuk menyampaikan

ini semua adalah hadiah daripada allah
semua telah ditetapkan oleh allah untuk kita
segalanya telah tercatat awal2 lagi
agar manusia tidak memandang enteng akan pentingnya usaha,
allah tidak menunujukkan hasil sebelum manusia berusaha

allah tidak pernah menguji hambaNya lebih daripada kemampuannya
tiada yang lebih baik daripada takdir allah untuk kita
redha dan berlapang dada,
teruskan hidup.

doa agar allah kurniakan kekuatan. 

"ujian kesenangan lebih berat berbanding ujian kesusahan, kerana sukar untuk kita mengingati allah saat ditimpa kesenangan, lebih mudah untuk kita mengingati allah saat ditimpa kesusahan"
 
"macam mana nak rasa allah tempat bergantung kalau kita tidak pernah merasa kesusahan"

"agar kamu tidak bersedih terhadap apa yang luput dari kamu, dan tidak pula terlalu gembira terhadap apa yang diberikanNya kepadamu. dan allah tidak menyukai orang yang sombong dan membanggakan diri, " 57:23
 


allahu rabbi.kuatkan kami 

Friday, June 7, 2013

of my first year in RCSI

assalamualaikum wbt.

wahai orang2 yang beriman! barang siapa di antara kamu yang murtad (keluar) dari agama Islam, maka kelak Allah akan mendatangkan suatu kaum,
Dia mencintai mereka dan mereka pun mencintaiNya, 
dan bersikap lemah lembut terhadap orang2 beriman, 
tetapi bersikap keras terhadap orang kafir, 
yang berjihad di jalan Allah, 
dan tidak takut kepada celaan orang yang suka mencela. 
itulah kurnia Allah yang diberikanNya kepada siapa yg Dia kehendaki. 
Dan Allah Maha Luas pemberiannya, Maha Mengetahui
5:54

alhamdulillah, came across that ayat yesterday.
sebenarnya sampai bila lagi kita mahu deny 
iaitu jalan yang terbaik ialah jalan yang membawa diri kita,
lebih mendekati Allah
lebih mencontohi Rasulullah
kerja kita banyak lagi 
improve diri sendiri, ajak orang lain
inshaAllah.

oh yes, my first year in RCSI 
alhamdulilllah, went well
sebaik sahaja meletak pen,
dan kertas short note CVR dikutip
tak henti ucap syukur pada Allah 
yang izinkan diri ini berada di sini

yang pasti this life is not only about me, my study and my career
ia tentang sesuatu yang lebih penting lagi,
sesuatu yang menghidupkan.

WALKING IN THE FOOTSTEPS OF THE BELOVED
inshaAllah.
may He ease this summer.

nota: roomate dah keluar rumah tadi, the first one in the house to depart, for Malaysia. cant help but feeling a bit empty 

Monday, June 3, 2013

perlu tajuk ke

assalamualaikum wbt. 

tidaklah sama antara orang beriman yang duduk (yg tidak turut berperang) tanpa mempunyai uzur (halangan) 
dgn org yg berjihad di jln Allah dgn harta dan jiwanya. 
Allah melebihkan darjat org2 yg berjihad dgn harta dan jiwanya 
ats org yg duduk (tidak ikut berperang tanpa halangan). 
kpd masing2, Allah janjikan (pahala) yg baik (syurga) 
dan Allah melebihkan org2 yg berjihad ats org yg duduk dgn pahala yg besar, 

Annisa':95

mahu jadi orang yang berjihad itu.fulsetop.Allah pimpin tangan kami.

Friday, May 31, 2013

mood random saya

assalamualaikum wbt.

*intro music*
walau hujan badai kan terus melanda
walau amuk gelombang tak henti menerjang
walau kelam mencegah
walau mentari kan membakar
jangan letih menapaki kehidupan
ujian bagaikan terik sinar sang suria
hadir ke dunia bersama berjuta kurnia
janganlah bertekuk lutut
dalam pelukan putus asa
janganlah bersimpuh di hadapan duka
hadapilah segala tentangan 
sambutlah harimu dgn sukacita
hadapilah segala ujian 
dlm kesulitan pasti ada kemudahan

-hadapilah by shoutul harakah-

nice, isnt it?
alhamdulillah been listening to it recently.
betul kata seorang ukhti itu, setiap masa setiap detik, along the way
Allah hantarkan orang, benda, ataupun situasi
yang mengingatkan kita meperbetulkan balik niat
why in the first place, i am here?
and why i choose to be here.

i know it is so random
memang tgh mood random ni
tp recently memang banyak sgt bertemu dgn orang
bertemu dengan situasi,
bertemu dengan perkara yang rasa nak pukul diri sendiri
*oh dont worry im not convicting any self vilolence*

alhamdulillah, Dia masih beri peluang.
 there you go
Sakinah yang banyak mengarut.

but, believe it or not, the point i am trying to emphasise on
He is always there, so do not stop running yet
believe in Him (unbreakable)
who always believe in us.
'walau kelam mencegah, walau mentari kan membakar, jangan letih menapaki kehidupan'

:) ngee selamat ulangkaji kpd Sakinah sempena final paper this Tuesday.inshaAllah
may He ease everything.

nota: teringat pesan akak murabbi masa mula-mula dulu, 'teruskanlah walau terpaksa merangkak' it has been almost a year now.time flies, grow up Sakinah!

Tuesday, May 28, 2013

saya tengah mood exam

assalamualaikum wbt.

"sometimes, when learning comes before experience it doesnt make sense right away"

escapism huh?
browsing through lecture note about pregnancy,
reading through hCG and hPL,
reciting the functions of estrogen and progesterone many times,
but still cant remember it
what is the problem?

Allah!

dan janganlah kamu (merasa) lemah, dan jangan (pula) bersedih hati, 
sebab kamu paling tinggi (darjatnya) jika kamu orang beriman.

jika kamu (pada Perang Uhud) mendapat luka, maka mereka pun (pada Perang Badar) mendapat luka yang serupa. 
dan masa (kejayaan dan kehancuran) itu kami pergilirkan di antara manusia (agar mereka mendapat pelajaran),
dan agar Allah membedakan org2 yg beriman (dgn org2 kafir) dan agar sebahagian kamu dijadikanNya (gugur sebagai) syuhada. Dan Allah tidak menyukai orang-orang zalim

ali imran:139-140

enough is enough.
al quran is the medicine for the broken heart!
*senyum*

after the first paper

assalamualaikum wbt
alhamdulillah, first paper PSQ MM done
He helped me a lot to pass through it
yes, He did.

now, next paper, tomorrow morning
GE Histology,
keep the momentum up Sakinah.

need to get out of this cave of mine and start to see the world.
hello, library.
(ceh, padahal study dlm bilik nampak katil je =.=')

nota: tidak mahu hati yang korup dengan cara menuntut ilmu tapi tidak mengaplikasikannya.
JAGA HATI
2:74

Saturday, May 25, 2013

cakap pandai

assalamualaikum wbt.

aisy, lately banyak pulak post
sehari boleh buat byk post
nampak sgt byk monolog dalaman, banyak sangat pesanan kt diri sendiri

teringat,
''kakak, nasihat kan sikit ihsan ni!''
''eh asyik kakak je bagi nasihat, nasihat lah diri sendiri''
eh.

there you go, kakak yg suka beri nasihat, aka suka membebel
talking too much maybe
but buatnya? entah ke mana

o you who believe! why do you say that which you do not do?

is most hateful to Allah that you should say that which you do not do.

[61:2-3]

nauzubillahi min zalik
okay sebenarnya nak qoute kata2 imam syafie
'bila kamu tak tahan lelahnya belajar, maka kamu akan menanggung peritnya kebodohan'
*insaf*

okay now put everything back in place,
there are a lot of reasons why we study.
on top of it, because of His redha :)
only that.
bismillahirrahmanirrahim.


nota 1: been talking to this blog lately as no one wants to entertain me in this house.
nota 2: it is a good thing though, shows that everyone knows what their priorities are :)

again, it is me

assalamualaikum wbt

He indeed shall be successful who purifies themselves

and magnifies the name of his Lord and pray

Nay! you prefer the life of this world

while the Hereafter is better and more lasting

Most surely this is in the earlier scriptures

the scriptures of Ibrahim and Musa

87: 14-19

an excerpt from the al Quran, and again, the exam mood on
surely, who look for Allah, he will find Him near.
    #nofilter



i am normal

assalamualaikum wbt.

less than two days away
final exam JC2 is coming
PSQ MM GE HISTOLOGY ANATOMY PRACTICAL CVR

tried to put everything back in place
tried to sort everything out
hate to admit that there are lots of things to be done
hate to say that my study table now is full with books and lecture notes, not yet readable
hate to admit, while i am studying, my mind wanders around thinking about what i havent done yet

being distracted by all those worldly life,
but what i expect only his redha
only that.

worry ends when faith begin-sami yusuf
recovering in progress

looking for what is missing.
the intention, at the very beginning,
thalabal ilmi faridhatun ala kulli muslim
earning knowledge is an obligation to every believers
make your intention right please.

ALLAH GHAYAH
cause i am a normal person
susceptible to feeling weak and helpless

seek strength only from HIM
In the name of Allah, the most Beneficent and the most Merciful

pray pray pray :) to Him

Tuesday, April 23, 2013

kata tarbiyah itu mengubah

assalamualaikum wbt.

mood: diri ini masih mencari identiti

alhamdulillah, sudah genap 7 bulan berada di Ireland. alhamdulillah :)
diri ini sebenanrnya masih lagi tidak dapat memahami aturan Allah itu bagaimana. diri ini sebenarnya masih lagi takjub dengan betapa hebatnya Allah mengatur segalanya.

dalam banyak-banyak orang, mereka yang terlebih dahulu laju dalam gerakan tarbiyah ini, kenapa mereka tidak berada di sini?dan saya pula yang berada di sini unutk memikirkan tentang masa hadapan perjalanan dakwah dan tarbiyah saya, memikirkan tentang mereka yang bakal hadir nanti.

betapa banyak kali diri ini tewas bila berhadapan dengan Nya. sudah banyak kali.

dahulu, saya seorang yang sangat suka merancang. dengan perancangan yang teliti, saya yakin semuanya akan berjalan lancar seperti yang saya inginkan. saya yakin dengan kemampuan saya.

tapi, kini tidak lagi. saya hanya mampu merancang. Allah yang menentukan. mengajar erti tawakal. mengajar nilai doa. mengajar makna sabar. now everything make sense.hehe
reality bites, truth hurts. ouch.

sakinah, bangkitlah. carilah. kejarlah. gapailah. anda tidak pelik.

Indeed He is the best planner. teruslah belajar sakinah. kuatlah bila diuji sakinah. lapangkanlah dada untuk menerima teguran sakinah. bukalah mata untuk melihat realiti dunia sakinah. berubahlah sakinah, walaupun perit meninggalkan diri yang dulu.

yakinlah, sakinah :) He wont put you through this if He thinks that you cannot pass through this stage.
doa dan tawakkal sakinah. mereka mampu, anda juga mampu!

''maka apakah mereka tidak memerhatikan langit dan bumi yang ada di hadapan dan di belakang mereka? jika kami menghendaki, nescaya Kami benamkan mereka di bumi atau kami jatuhkan kepada mereka kepingan-kepingan dari langit. sungguh, pada yang demikian itu benar-benar terdapat tanda (kekuasaan Allah) bagi setiap hamba yang kembali (kepadaNya)'' [Saba': 9]

IKHLAS 

Friday, April 5, 2013

#3 kadang kadang

assalamualaikum wbt

kadang kadang hati terasa sangat kosong
kadang kadang terasa semua benda seperti tidak kena
kadang kadang hati rasa tidak keruan
kadang kadang diri sendiri tidak tahu apa yang sedang berlaku dalam hati
kadang kadang diri sendiri keliru konflik apa yang berlaku dalam diri

kadang kadang diri terasa sangat lemah
kadang kadang diri terasa sangat kuat
kadang kadang diri terasa terlalu gembira
kadang kadang diri terasa sedih yang teramat
kadang kadang diri terasa disayangi
kadang kadang diri terasa sendiri

kadang kadang kita mudah menafsir apa yang berlaku
kadang kadang terlalu sukar untuk kita memahami apa yang berada di depan mata
kadang kadang kita terlalu peka terhadap perasaan orang
kadang kadang kita hidup dalam dunia sendiri
kadang kadang kita terlalu mengharapkan pengharagaan manusia
kadang kadang kita lemas dengan ekspektasi manusia terhadap diri kita

kadang kadang kita perlukan orang untuk menegur kita
kadang kadang kita terlalu mudah terasa dengan teguran mereka
kadang kadang kita ingin sangat tahu akan kebenaran
kadang kadang kita rasa lebih baik kita tidak tahu
kadang kadang kita rasa kita sangat perlukan mereka
kadang kadang kita rasa kita cuma perlu ruang untuk diri sendiri

kadang kadang kita rasa kita kenal diri kita
tapi ada masanya kita seolah-olah asing dalam diri kita sendiri

ketahuilah wahai diri, hati yang gundah itu wujud kerana kita yang lupakanNya
ketahuilah wahai diri, saat diri ini terlau ingin bercerita kepada manusia, Allah sentiasa berada di sisi kita untuk mendengar rintihan kita
ketahuilah wahai diri, tidak apa untuk berasa lemah kerana dirimu memang lemah di hadapan Allah al Qawiyy
ketahuilah wahai diri, memang andai diri tidak sibuk melakukan kebaikan, memang ada lubang kosong di dalam hati yang meminta untuk diisi
ketahuilah wahai diri, memang setiap kata-kata kita akan diuji oleh Dia yang Maha Tahu
ketahuilah wahai diri, ujian Allah itu adalah ujian tanda kasih dan perhatian dariNya
ketahuilah wahai diri, tidak mengapa untuk terjatuh terduduk tergolek sekali sekala,
yang penting diri ini tidak berputus asa untuk bangkit semula
ketahuilah wahai diri, carilah semula pemilik hati, kerana hanya pemilik hati yang bisa mengembalikan hati ke tempat asalnya.

*menaip sambil dengan lagu instrumental*


''(iaitu) orang yang beriman dan hati mereka menjadi tenteram dengan mengingati Allah. ingatlah, hanya dengan mengingat Allah, hati menjadi tenteram''  [13:28]

''diwajibkan ke atas kamu berperang, padahal itu tidak menyenangkan bagimu. tetapi, boleh jadi kamu tidak menyenangi sesuatu, padahal itu baik bagimu, dan boleh jadi kamu menyukai sesuatu, padahal itu tidak baik bagimu. Allah mengetahui sedang kamu tidak mengetahui''[2: 216]
IKHLAS 

Wednesday, April 3, 2013

#2

assalamualaikum wbt

random thoughts number two.
when you forget to be grateful for even smallest thing, you might not be able to be grateful for even bigger gift from Allah. i came across the story of Nabi Ayyub and how he survived the hardships. yes, he was tested becase Allah loves him. he was tested because shaytan envied him. shaytan believed that he was grateful to Allah just because He keeps on giving nabi Ayyub lots of nikmah. so shaytan asked Allah to test nabi Ayyub. take all of his wealth, children, wife and the health. yet, he was still grateful to Allah. Nabi Ayyub did not complaint at all. instead, he said that since Allah had given him more, why should he feel depressed for the temporary test?

[surah sad: 41-44]

yes, we were the same. we were given a lot by Allah. He protected us all this while. He gave us good results, He showered us with his mercy, He took care of us, He allowed us to achieve what we have now. He is ArRahman and ArRahim.


Monday, March 25, 2013

pengajaran buat saya masih belajar ini

assalamualaikum wbt.

''(iaitu) orang yang beriman, dan hati mereka menjadi tenteram dengan mengingat Allah. Ingatlah, hanya dengan mengingat Allah, hati menjadi tenteram'' [13:28]

kemas peringatan Allah. hati gundah gulana, sebut je nama Allah. nescaya hati jadi tenang. bukan hanya sebut, tapi memaknakan sebutan dan zikir itu. teringat sewaktu di Intec, dalam perjalanan sebaik turun bas menuju ke kelas, banner yg memaparkan ayat ini sentiasa membuatkan saya tersenyum di saat memikirkan jadual harian yang hectic di Intec. alhamdulillah, Allah sentiasa nak ingatkan saya agar selalu ingati Dia.

semalam, dalam liqa' usrah, isu kasih kerana Allah diperkatakan. isu 'uhibbuki fillah' dibicarakan. isu yang saya sendiri sedang bertarung untuk merasainya.

sangat menariklah rupanya bagaimana Allah mempersatukan hati-hati orang mukmin. ya, Allah yang mempersatukan hati mereka dengan syarat, akidah mereka sama. pelik? rahsianya, hanya Allah yang tahu.

tak percaya, boleh rujuk 8:63 dan 3:103 serta Tafsir Fi Zilalil Quran oleh Syed Qutb.

kalau dahulu memang tidak pernah nak hayati rasa sahabat fillah. tak pernah nak ingatkan teman sendiri bahawa kita mahu bersahabat ke syurga. hasilnya, perhubungan kita membawa ke mana?

lebih teruk lagi, kerana tiada rasa sahabat fillah itu, saya yang ego dan rasa diri ini lebih baik telah meng'unfriend' seorang teman. bukan dalam facebook, tetapi dalam kehidupan realiti. dan saya masih mampu meneruskan kehidupan seperti biasa, sedang dia terkapai sendiri seolah kehilangan arah. saya tidak peduli tentang dia, asalkan saya bahagia. ya, pada masa itu saya merasakan bahawa saya telah menang.

akibat dari rasa fobia, saya telah berazam untuk tidak mempunyai hubungan rapat dengan mana-mana rakan yang saya temui. teman seperti biasa sudah. tak perlulah nak borak-borak bantal. tak perlulah nak nangis-nagis sama-sama. tak perlulah nak bukak cerita pasal daily life, pasal family, pasal konflik sendiri. saya boleh hidup berdiakri tanpa perlu ceritakan masalah kepada orang lain, kenapa mereka tidak boleh?

maka wujudlah seorang lagi mangsa jahiliyah saya. ya, dia bercakap dengan saya di bilik, tapi saya tidak mengendahkannya. saya buat-buat tidak dengar dengan apa yang dia perkatakan. kalau saya mahu respon, saya akan respon. jika rasa tidak perlu, saya buat-buat tidak dengar. saat dia sedih, saat dia homesick, saat dia lalai, saat dia marah, saya buat seprti biasa. saya tidak berniat langsung untuk menegur dia. saya tidak ada perasaan langsung untuk meringankan beban yang dia rasa. lebih teruk lagi, saya boleh pulang ke rumah setiap hujung minggu denagn gembira dan biarkan dia sendiri, melayan perasaan di hujung minggu. tahu, saya teruk.

sudah nak admit bahwa diri ini yang bersalah, susah nak admit bahwa diri ini yng perlu berubah. susah nak fikir bahawa pendirian saya perlu diperbetulkan.

kini, saya tercampak ke sini. Allah hantar saya dalam kalangan mereka. mulanya terasa kekok. mulanya rasa memang tidak akan dapat suaikan diri. mulanya memang rasa rimas. dengan teman serumah yang selalu ajak solat jemaah setiap waktu solat. dia juga yang sibuk mengajak saya menghadirkan diri ke kulsem. oh kulsem tu apa pun saya tak tahu. tapi, saya ikut jugalah dan terduduk dan tersenyum sendiri.

seterusnya, kehadiran seorang kakak yang sibuk menghantar mesej bertanya khabar. berkongsi ayat favourite dalam quran. kata-kata semangat melalui mesej. tidak ada ribut, tidak ada taufan, tiba-tiba ada mesej bertanya khabar? oh saya tak pernah kenal rapat dengan dia, tetapi tak tahulah kenapa dia seperti ingin sangat berkenalan dengan diri ini. tak cukup lagi, siap ajak pergi program hujung minggu. saya yang pada waktu itu tidak faham apa yang berlaku dan masih fobia dengan apa yang pernah berlaku, bertindak telus dan jujur. dengan harapan, jangan ganggu hidup saya lagi. dengan mesej bahawa saya mampu hidup sendiri. saya tak perlukan anda dalam hidup saya. and the rest is history. (kepada yang berkenaan, jika anda terbaca post ini, no offence intended. aseef sister)

Allah hadirkan juga mereka dalam hidup saya. keluarga katanya, dalam bahasa melayu. usrah maksudnya dalam bahasa arab. pernah dengar dan pernah hadir dahulu. dan tak pernah pula rasa ingin terus hadir di sini. saat pertama kali diajak ketika berada di Ireland, hati berdebar. ah, dia datang lagi. benda yang paling saya nak elak. mereka yang tak pernah saya kenali, ingin jadi ahli keluarga? apakah? siapa mereka ingin ambil tahu tentang kehidupan saya? (sekali lagi, no offence intended. aseef T.T diri ini yang kekurangan)

yet, saya masih di sini. masih lagi mempunyai keluarga (usrah), kakak usrah dan teman serumah yang semuanya setia di sisi saya. yang masih ingin mengajar saya erti ukhuwah fillah. yang Allah masih hadirkan, mereka. untuk saya yang sangat perlu banyak lagi belajar.

saya sedar saya lemah dalam bab ini. saya ingat saya sudah faham. tapi saat murabbi memberi tajuk ini untuk tazkirah dalam liqa semalam, hati terasa sesuatu. Allah mahu ajar saya lagi, saya belum lepas ujian ini lagi rupanya. saya masih perlu struggle dan bermujahadah.

ini, kisah sebenar saya. bagaimana saya belajar mengenal Allah melalui mereka. bagaimana Allah kuatkan saya dengan mereka. bagaimana Allah hantarkan bantuan kepada saya melalui mereka. betullah, semakin kita kenali Allah, semakin lemah kita di hadapanNya.

ya Allah, terus pimpin hati ini. izinkan diri ini untuk terus kuat. izinkan diri ini dan mereka sampai ke syurgaMu.

''dan Dia (Allah) yang mempersatukan hati mereka (orang yang beriman). Walaupun kamu menginfakkan semua (kekayaan) yang berada di bumi, niscaya kamu tidak dapat mempersatukan hati mereka, tetapi Allah telah mempersatukan hati mereka. Sungguh, Dia Maha Perkasa, Mahabijaksana'' [8:63]
Dari Abu Hamzah Anas bin Malik r.a., pelayan Rasulullah s.aw. bahawa Rasulullah saw pernah bersabda, ''Seorang di antara kalian tidak (dikatakan) beriman sehingga dia mencintai saudaranya sebagaimana dia mencintai dirinya sendiri'' HR Bukhari dan Muslim 
wassalam.

nota 1: ok, emo sikit sebab rasa Allah nak ajar sesuatu. and reflect balik kat diri sendiri, memang kena terus buka hati untuk tarbiyah yang Allah nak beri ini. Allah kan murabbi terbaik.
nota 2: cuti spring dua minggu, roomate balik malaysia, tiket balik summer belum beli lagi. so, keep calm and remember Allah always.hehe
nota 3: azam cuti spring, buka pintu hati besar-besar.

Saturday, March 16, 2013

my life as a medical student

assalamualaikum wbt.

''sungguh, mereka yang beriman dan mengerjakan kebajikan, kami benar-benar tidak akan menyia-nyiakan pahala orang yang mengerjakan perbuatan yang baik itu'' [alkahfi: 30]

mode: alhamdulillah, relieved. jumaah barakah. alhamdulillah.

alhamdulillah, masih mampu tersenyum. masih mampu pujuk diri untuk senyum dan bertenang. masih mampu untuk meluangkan masa di blog tercinta.

been busy recently. eh tidak berniat unutk mengatakan bahawa msa yang diberi Allah tidak cukup, sebaliknya sedang menekanakan bahwa saya perlu belajar untuk menyusun masa dengan baik agar perkara yang perlu diselesaikan segera, dapat dieslesaikan.

terlalu banyak untuk diceritakan. terasa masa seperti berlalu dengan sangat cepat. sudah berada di pertengahan Junior Cycle 2, tahun pertama di RCSI. sudah enam bulan di bumi Dublin. sudah hampir enam bulan bergelar pelajar perubatan. sudah hampir enam bulan tidak bertemu dengan keluarga tersayang.

alhamdulillah, Allah kurniakan keluarga baru di sini. Usrahti = Mahabbah. mereka yang hadir dalam hidup saya, mengajar saya erti kehidupan yang tidak pernah saya rasai sebelum ini. mereka yang hadir melihat proses pembersihan yang sedang saya lalui. mereka yang bersama-sama bergerak, memimpin tangan saya agar saya tidak ketinggalan di belakang. mereka, yang Allah hadirkan dalam hidup saya, untuk saya lebih mengenal Pencipta saya. terima kasih ya Allah.

hari ini, baru sahaja selesai Card Signing kedua semester ini. Card Signing kelima sejak menuntut di RCSI. cepat sangat kan? walaupun sudah kali kelima, perasaan gementar itu masih lagi ada. walaupun sudah kali kelima, perasaan tidak yakin dengan diri sendiri untuk masih lagi wujud. walaupun sudah kali kelima, Allah masih lagi ingin mengajar saya erti sebenar usaha dan tawakkal kepada Allah itu. yang Allah hanya melihat usaha kita kerana keputusannya sudah ditentukan Allah. ya Allah, jangan uji kami lebih dari kemampuan kami. ya Allah, make me strong!
 
oh ya, minggu ini, saya mendapat satu pengalaman yang menarik. pergi ke rumah orang Irish untuk memenuhi modul Early Patient Contact, melihat sendiri keadaan pesakit kronik di kawasan rumah mereka sendiri. kisah pesakit dengan penyakit yang terpaksa mereka hadapi merupakan satu cerita. bahkan, saya sendiri terpaksa bergaul dengan mereka yang bukan beragam Islam, berjalan di kawasan asing dengan memakai headscarf bak kata mereka, membawa imej Islam dalam dan luar diri. sangat risau andai saya tidak dapat menjadi produk Islam yang baik di mata meraka. mungkin sebelum ini, sudah terlalu lama berada dalam kelompok sendiri, sehingga tidak sedar realiti umat di luar, yang mungkin belum pernah mendapat peluang untuk mengenali Allah al Khaliq. kerana kita, belum ada kekuatan untuk melaksanakan tanggungjawab itu

ahad lalu, langkah pertama memimpin diri sendiri untuk komited dalam usaha dakwah dan tarbiyah sudah bermula. ya, langkah pertama yang sangat berat. langkah pertama yang sangat mendebarkan. langkah pertama yang sedikit sebanyak mempengaruhi langkah seterusnya. langkah pertama, belajar untuk tabah, kerana yang menanti di hadapan bukanlah jalan yang mudah tanpa batu-batu kecil mahupun besar yang sedikit sebanyak menguji iman kita nanti. kerana sesuatu yang tidak pasti, dan yang pasti hanyalah Allah.

eh, kenapa isi entri tiada kaitan dengan kehidupan saya sebagai pelajar perubatan? oh kerana di sini, saya bukan hanya seorang pelajar perubatan, sebaliknya saya juga seorang yang sedang belajar untuk mengenali Tuhannya. saya yang sedang belajar. doakan segalanya dipermudahkan.

wasssalam.

nota 1: sedang belajar mengatur masa.ya Allah, mudahkanlah.

nota 2; wahai hati, kuatlah dengan adanya Pemilik Hati di sisi. wahai jiwa, tenanglah, setenang nama yang dikurniakan.

nota 3: counting days, till summer. inshaAllah harapnya segalanya dipermudahkan. tersenyum bila teringat seorang sister Arab Saudi berkongsi tentang ke'sementaraan' dunia ini. cheer up. dunia is short, lets work for our akhirah.


Monday, February 11, 2013

buyuk fateh part 3

assalmualaikum wbt.

alhamdulillah inshaAllah part terakhir dalam siri hikayat jaulah kami ke turki.alhamdulillah teman serumah yang berjaulah ke Mesir juga telah pulang membawa cerita fresh dari Bumi Anbia.

seronok berkongsi cerita. terdengar nama-nama tokoh yang dahulunya di dengar dalam buku sejarah sahaja. kini telah terjejak para syuhada yang telah dijanjikan syurga oleh Allah.

terdiam dan senyum sendiri mengenangkan diri ini. kalau dahulu, jangan harap akan berfikir atau berbicara tentang salahuddin al ayubi di meja makan dengan teman serumah. kalau dahulu, jangan harap akan berbual rancak dengan teman serumah mengenagkan kekejaman Zionis terhadap saudara seIslam di Palestin. kalau dulu....

benarlah tiada istilah kebetulan dalam hidup ini melainkan Allah yang mengaturnya.alhamdulillah :)

2 Februari 2013, SABTU. Dolmabahce Palace, terletak di kawasan Besiktas, Istanbul. terletak di tepi Selat Bosphorus, pemandangan indah buat setiap mata memandang. pintu gerbang tinggi menjulang ke langit seolah-olah cuba melindungi apa yang berada di sebalik tembok tinggi. selepas membayar entrance fee, kami pun melepasi pintu gerbang Istana Dolmabahce yang bermaksud taman yang terisi (filled garden). selepas pintu gerbang, terdapat kolam dan air pancuran yang menghiasi bahagian hadapan pintu bangunan utama istana.

ketika hendak mendaki tangga menuju ke dalam Istana, kami perlu memakai plastik untuk mengalas kasut kami. mungkin dikhutairi kotoran di kasut kami mencemar lantai berharga di dalam istana. perasaan saya mula tak keruan. namun, ingatkan diri agar membetulkan niat. apa yang saya cari bukanlah kemewahan dunia yang manusia kejarkan tapi hanyalah punca kejatuhan kerajaan Turki Uthmaniyyah. bukan untuk mempersalahkan sesiapa, tapi hanyalah untuk mengambil pengajaran daripada apa yang berlaku.

serba sedikit tentang istana ini; dibina oleh Sultan Abdulmajid I selepas kunjungannya ke Perancis. dia tertarik dengan Istana Versailles yang merupakan antara istana terbesar di dunia. dan kini, Istana Dolmabahce merupakan Istana terbesar di Turki.

tidak terdapat lukisan kaligrafi ayat al Quran dalam istana ini. yang ada hanyalah lukisan potret raja-raja, tangga kristal, tiang yang diperbuat daripada emas, lampu chandelier seberat 4 tan, dan macam-macam lagi simbol kemewahan. dipercayai kira-kira 40 tan emas dan 40 tan perak digunakan untuk menghiasi istana ini.

sesak dada saya sewaktu berada dalam istana itu. bukan kekaguman atas kehebatan sultan pada zaman itu yang saya rasa. bukan kemewahan dunia yang saya rasa pada ketika itu. yang saya rasa hanyalah bagaimana dunia telah menipu kita, bagaimana kita tertipu dengan hidup di dunia sementara ini. sehingga kini, ketika melihat gambar istana itu, masih teringat bagaiman sesaknya rasa dalam dada ketika itu.

credit

kata seorang teman jaulah, kita tidak diuji sebagaimana mereka diuji. kita tidak tahu apa yang kita akan buat andainya kita yang berada di tempat mereka, andai kita yang diuji denga kemewahan yang melimpah ruah. andai kita yang diuji dengan pangkat dan harat yang melalaikan. astaghfirullah, ya Allah pimpinlah kami.

selepas melepaskan diri dari kesesakan dada dalam istana, kami mula bergerak untuk mencari bas ke Eyup, untuk menjejak maqam Abu Ayyub al Ansari di Masjid Ayub. alhamdulillah, dalam kesesakan orang ramai di kawasan Eyup, kami mendengar laungan azan Zohor. kami segera bergerak ke masjid untuk menunaikan solat fardhu zohor. kelihatan ramai orang Islam berpusu-pusu ke dalam masjid.


manusia berpusu-pusu menyahut seruan solat

rupanya, di dalam masjid, keadaanya bukan seperti keadaan yang biasa saya lihat di Malaysia. jemaah sangat ramai menantikan bermulanya solat fardhu zohor, sehingga ke luar masjid. pihak masjid terpaksa membentangkan tikar demi memudahkan jemaah wanita menunaikan solat fardhu. kami terpaksa menyelit di celah sesak manusia yang sedang menanti bermulanya solat. kami terpaksa menyusup di celah jemaah untuk mencari secebis ruang menunaikan solat fardhu zohor.

selepas berjaya menunaikan solat fardhu zohor dan mengabaikan pandangan pelik penduduk setempat kepada kami, kami mula bergerak untuk mencari maqam Abu Ayyub al Ansari. pintu untuk masuk ke kawsan maqam penuh dengan manusia. rupanya selepas solat, mereka semua bepusu-pusu ke maqam beliau untuk menyedekahkan al fatihah. bukan sedikit yang berdiri di sebelah maqam, berpusu-pusu orang masuk dan berdiri di hadapan maqam. terkenang kembali semangat jihad yang ditunjukkan oleh Abu Ayyub al Ansari, dan akhirnya beliau dikurniakan syahid di jalan Allah.

di hadapan maqam Abu Ayyub al Ansari

selepas menyedekahkan al fatihah, kami duduk dalam bulatan di kawasan atas lantai masjid. sedang kami khusyuk mentadabbur ayat al quran, seorang makcik lalu melepasi kami dan senyum lalu memberi salam kepada kami. dai memandang kami bersungguh sungguh sambil tersenyum. kami pula yang tersipu. lalu salah seorang dari kami bangun lalu menghulur tangan keapda makcik itu. dipeluknya teman itu dengan erat seolah-olah kami merupakan sauadara mereka yang sudah lama terpisah. walaupun gagal berkomunikasi menggunakan bahasa, namun body gesture dan tindak tanduk makcik itu memberi kesan yang mendalam buat kami.
halaqah kami

tadabbur ayat

kurang lebih 5 buah keluarga yang ingin mengambil gambar dengan kami. tidak termasuk dengan mereka yang menghulurkan baklva buat kami. tidak lupa juga kepada makcik yang memberikan tasbih buat kami semua yang berada di dalam halaqah. yang paling mengharukan semua ahli jaulah ialah kesetiaan seorang makcik yang duduk bersama kami di dalam halaqah kurang lebih 30 minit sementara menanti masuknya waktu asar. dia duduk bersama kami memerhatikan setiap orang yang bercakap. walaupun jelas, dia tidak mengerti apa yang kami perkatakan kerana kami berbahasa melayu, dia tetap setia duduk dan mendengar dan sedikit-sedikit dia faham apabila kami merujuk kepada al quran di tangan masing-masing. mungkin hanya kerana kami berhijab, mendirikan solat dan memengang al quran, makcik itu percaya kami adalah saudaranya. dan kami juga percaya makcik itu adalah saudara kami.

3 Feb 2013, Ahad.

hari terkhir kami di Turki. esok perlu keluar awal ke lapangan terbang kerana flight pulang ke Dublin seawal jam 7.45 pagi. hari ini buat kali pertama menjejak Masjid Sultanahmet (masjid Biru). buat pertama dan terkahir kali, kami menunaikan solat subuh berjemaah di Masjid Biru. hati sudah merasa sayu untuk meninggalkan Istanbul. hati masih boleh menidakkan bahawa kami terpaksa pergi esok. namun, akal masih yakin bahawa walaupun jasad tidak lagi berada di situ, hati masih lagi tertaut di bumi Istanbul.
masjid biru versi sakinah

masjid biru waktu dhuha

selepas sarapan pagi, kami mula berjalan menuju ke Topkapi Palace. istana ini merupakan tempat kegemaran saya di Istanbul, semenjak kali pertama tiba di sini. saya terjatuh hati denag kerendahan seni bina dan ukiran di sini. saya terjatuh hati dengan kisah pembinaan istana ini di atas bukit, semata-mata agar mudah bagi Sultan Muhammad al Fateh mengawal tiga perairan yang mengelilingi Istanbul. saya terjatuh hati dengan  kedamaian taman yang sederhana di dalam istana ini. menurut teman jaulah yang secara tidak langsung menjadi tour guide kami, bilik Sultan Muhammad terletak di bahagian tertinggi di dalam istana ini, agar mudah bagi beliau mengawasi kawasan di sekitar istana.

pintu gerbang Topkapi Palace

taman dalam istana

menara tertinngi dalam Istana



selepas zohor, kami ke destinasi terkahir, Hagia Sophia. bangunan unik yang menjadi rebutan orang Islam dan Kristian. bangunan unik yang menjadi mercu tanda Istanbul, pintu kepada perluasan agam Islam ke Eropah. bangunan unik yang menyaksikan jatuhnya  kerajaan Byzantine dan digantikan oleh kerajaan Islam.

Hagia Sophia versi Sakinah

saya ditugaskan untuk membuat sedikit bacaan latar belakang (baca: background reading) berkenaan bangunan ini. tiada apa yang lebih menyayat hati berbanding melihat bagaimana bahagian dalam bangunan ini seolah-olah mengamlami krisis identiti. terdapat banyak ukiran bunga dan geometri, kalimah Allah, Muhammad, nama empat orang Khulafa Arrasyideen dan 10 sahabat yang  dijamain masuk syurga. bahkan, tempat muazzin melaungkan azan juga masih lagi dikekalkan.

bahagian dalam Hagia Sophia

namun di sebalik segala unsur Islam yang wujud, masih terdapat lukisan Virgin Mary dan Jesus terpampang di celah siling Hagia Sophia. tercalar imej Islam di dalam bangunan ini. sayu hati mengenangkan bangunan ini dahulunya pernah menjadi rumah Allah dan solat Jumaat pertama selepas pembukaan Constantinople dijalankan di sini. marah kepada mereka yang menukar masjid Aya Sophia kepada muzium dan mengikis kembalilukisan yang bertujuan menutup unsur-unsur Kristian di dalam bangunan itu.

''tegakkanlah Islam dalam diri kamu, nescaya Islam akan tertegak di muka bumi''. mungkin itu mesej yang patut saya bawa balik. mungkin itu sahajalah sebenarnya kunci kepada segala permasalahan. kalaupun Islam tertegak bukan pada waktu kita masih bernafas, kita tidak ingin ketinggalan dari menjadi salah satu anak tangga yang membawa keapda bangkitnya Islam semula.

saat tangan menekan kekunci laptop, hati rasa semakin berdebar. hati berasa sesak. kerana diri ini mula sedar sekarang bukan masanya untuk berlengah. kerana diri ini mulai sedar, kita tidak boleh terus mengharapkan orang lain untuk menjalankan tanggungjawab sebagai khalifah, sedang kita hanya duduk memerhatikan. moga Allah redha perjalanan itu, moga hati ini menjadi semakin kuat. semakin kuat untuk Dia.

wassalam.

nota 1; tidak mampu untuk memeruskan penulisan. azam pada diri, mahu terus senyum :)

nota 2: selamat mulakan langkah baru, go JC2. bismillahi tawakkaltu alallah.

nota 3: aseef atas segala kekurangan.

''wahai orang-orang yang beriman!bertakwalah kepada Allah dan carilah wasilah (jalan) untuk mendekatkan diri kepadaNya, dan berjihadlah (berjuanglah) di jalanNya agar kamu beruntung'' [al maidah:35]

Friday, February 8, 2013

buyuk fateh part 2

assalamualaikum wbt,

Allah bears witness that there is no god but He, and (so do) the angels and those possessed of knowledge, maintaining His creation with justice; there is no god but He, the Mighty, the Wise. [ali Imran: 18]
31 Januari 2013 KHAMIS, pergerakan bermula awal memandangkan kami perlu mengejar flight seawal jam 1030 pagi dari Kayseri Erkelit Airport ke Sabiha Gocken Airport di Istanbul. alhamdulillah selama sejam berada di udara, penerbangan berjalan lancar dan kami selamat tiba di Istanbul.

kami dijemput oleh shuttle dari hotel yang membawa kami ke Istanbul Paris Hotel and Hostel di tengah ibu kota Istanbul. hotel bajet ini terletak di kawasan Sultanahmet, berdekatan dengan Hagia Sophia, Masjid Sultanhamet (Masjid Biru), Topkapi Palace dan Grand Bazaar. kawasan hotel itu juga berdekatan dengan stesen tram dan stesen bas yang menjadi antara pengangkutan utama di Istanbul.

sepanjang perjalanan dari lapangan terbang ke hotel, pemandangan sangat mengujakan kami. sangat banyak menara masjid dan bangunan masjid yang menyapa pandangan kami. tidak dapat kami bezakan antara masjid yang banyak di tengah kawasan berbukit bukau di kota Istanbul. terlalu banyak masjid terletak di kota Istanbul dan senibinanya semua kelihatan sama, dipengaruhi seni bina Hagia Sophia.

tapi satu perkara yang saya rasa kagum sepanjang berada si sini ialah kebanyakan wanita yang berhijab di sini sering tersenyum melihat kami dan ingin bertegur sapa. paling mengharukan, seorang makcik ini menghulur plastik berisis roti Turki kepada kami sewaktu kami baru tiba di Istanbul.

tak dapat digambarkan bagaimana perasaan syukur dan disayangi berada di tempat asing. subhanallah, terasa seperti ingin belajar bahasa Turki untuk berkongsi perasaan dengan makcik-makcik ini :)

setibanya di tempat penginapan, kami menyimpan beg dan terus menuju ke restoran berdekatan untuk makan tengah hari. dalam kesejukan hujan lebat di ibu kota Istanbul, kami masuk ke sebuah kedai yang menjual nasi dan lauk secara bufet.

setelah siap menjamu selera dan dibelanja teh epal yang terkenal di Turki ini, kami pun bangun untuk menjelaskan bayaran. tapi, kami dikejutkan dengan senyuman pakcik itu yang membuat isyarat tangan seolah-olah tak perlu bayar.

kami terkesima seketika. inginkan kepastian, kami bertanya sekali lagi, dia dengan yakin senyum dan mengisyaratkan bahawa salah seorang pelanggan telah membayarkan makanan kami. subhanallah, mungkin dia kasihan melihatkan kami semua yang berbadan kecil berjalan di tengah kota Istanbul tanpa bimbingan penjaga.

1 Februari 2013; JUMAAT langkah pertama menjejak al fatih bermula. selepas dikejutkan oleh azan subuh yang saling bersahutan, kami menunaikan solat subuh dan bersiap untuk memulakan perjalanan pada hari itu.

misi hari pertama di Istanbul ialah menjejak Masjid Fatih di mana terletaknya Maqam Sultan Muhammad al Fatih. dalam kesibukan waktu pagi, kami menapak di celah orang ramai yang sibuk menuju ke tempat kerja masing-masing.

akhirnya ketemu jua dengan bas yang bakal membawa kami ke Fatih Cami, terletak di kawasan Fatih, Istanbul. setelah berjalan dan bertanya kepada orang sekeliling, kami berjaya menemui pintu masuk ke masjid yang terletak berdekatan dengan kawasan bazaar.

Fatih Cami


Fatih Cami

Fatih Cami

dalam Fatih Cami





kami terus meuju ke kawasan belakang masjid lalu menemui kawasan maqam sultan muhammad al fatih. apabila berpeluang masuk ke dalam Maqam Sultan Muhammad Al Fatih, perasan saya bercampur baur. di sinilah rupanya jasad sebaik-baik raja yang terlah berjaya membuka Constantinople hasil perancangan yang teliti dan sebaik-baik tentera; disemadikan.

orang tidak putus-putus berkunjung ke maqam baginda untuk mendoakan baginda. kini saya berada dekat dengan baginda yang sering diperkatakan sebagai the great conqouerer. subhanallah, dia telah sedaya upaya menjalankan tugasnya sebagai khalifah di muka bumi dan juga sebagai abid yang patuh kepada Allah.

maqam Sultan Muhammad al Fateh

Fatih Turbesi

bahagian luar Fatih Turbesi

selepas menunaikan solat zohor, kami berada dalam misi mencari tour guide yang telah ditugaskan unutk membawa kami menaiki Bosphorus cruise. dalam kesesakan orang ramai yang berkunjung ke Fatih Cami untuk menunaikan solat Jumaat, akhirnya ketemu juga dengan pakcik itu.

dia segera membawa kami ke Eminonu untuk menaiki feri membelah selat bosphorus. perkara yang menarik dalam cruise ini ialah, kami telah membuka peta besar (ihsan pakcik restoran tempat makan tengah hari) dan meminta pakcik tour guide untuk menerangkan kepada kami bagaimana strategi perang sultan muhammad al fateh.

credit

kisahnya, sultan muhammad telah membina Rumeli Hissari di bahagian eropah berhadapan dengan Anadolu Hissari yang terletak di bahagian Asia. Anadolu Hissari telah dibina oleh datuk sultan muhammad al fateh, Sultan Bayezid 1 pada zaman pemerintahnnya.

benteng ini bertujuan untuk mengawal laluan sepanjang selat bosphorus. pada masa yang sama, kerajaan byzantine telah meletakkan rantai besi merentasi Golden Horn demi menghalang kemaraan tentera Islam yang cuba menawan Constantinople. strategi ini ternyata berjaya melengahkan tentera Islam.

tapi, sultan muhammad al fateh tidak mengaku kalah. beliau berdoa kepada Allah dan memperoleh ilham untuk menarik kapal ke atas daratan. beliau telah mengarahkan tentera Islam untuk menarik kira-kira 400 buah kapal merentasi daratan dari Besiktas merentasi bukit bukau di atas kayu yang dilumur lemak binatang dalam satu malam sehingga mereka berjaya sampai di bahagian yang tidak dilindungi di Golden Horn.

rupa-rupanya pada malam itu juga, gerhana berlaku yang menyebabkan tentera Byzantine tidak perasan bahawa tentera Islam sedang menarik kapal merentasi daratan. memikirkan betapa berat kapal itu, pastinya iman para tentera yang menarik kapal itu sangat kuat. mereka percaya dengan kebijaksanaan pemimpin mereka dan tidak membantah apabial diarahkan.

sebaik pagi menjelma, tentera Byzantine terkejut melihatkan tentera Islam telah berjaya merentasi rantai besi yang sepatutnya menjadi penghalang. kapal perang tentera Islam telah berada dalam teluk Golden Horn.

alhamdulillah, Allah yang izinkan segalanya. setelah mendengar kisah yang sangat inspiring itu, masing-masing melayan perasaan sendiri. saya sendiri terdiam memikirkan apa yang berlaku. saya sendiri kagum dengan sebaik-baik raja dan sebaik-baik tentera itu.

bayangkan mereka berjaya menggugat perasaan musuh dengan menunaikan solat jemaah di hadapan tembok kota. bayangkan suara 250 ribu tentera memecah kesunyian mengangkat takbir. bayangkan keyakinan raja dan tentera itu untuk menawan kota yang selama ini gagal ditawan oleh raja-raja sebelumnya. akhirnya, Sultan Muhammad al Fatih berjaya selepas 29 kali cubaan.

kejayaan tidak akan datang bergolek. usaha perlu dijalankan seiring dengan doa yang tidak putus-putus, yakin dan tawakkal dengan pertolongan Allah. jangan mudah mengaku kalah apabila gagal sekali. sunnatullah dan syariatullah perlu seiring baharulah kejayaan berganda dapat kita peroleh.

video dokumentari tentang sultan muhammad al fateh boleh ditonton di sini.

yuk, mula sekarang!

pemandangan merentasi selat bosphorus

pelancong yang memenuhi bot sepanjang cruise

pemandangan Istanbul dari atas bukit Pierre Loti


wasalam wbt.

nota 1: mood al fateh melanda diri sewaktu menulis post ini. perlu lebih positif dengan diri sendiri :) cheer up!
nota 2: lagi dua hari sebelum new term start. Allah permudahkanlah!




buyuk fateh part 1

assalamualaikum wbt.

sabda rasulullah ketika menggali parit dalam perang Khandaq, ''Konstantinople akan jatuh ke tangan tentera Islam. rajanya adalah sebaik-baik raja, tenteranya adalah sebaik-baik tentera. (Hadis riwayat Imam Ahmad bin Hanbal)

sebaik meletak pen selepas menjawab kertas terakhir peperiksaan final JC1, mood vacation pun bermula. pergi ke Turki kerana ingin menjejak Sultan Muhammad al Fateh, the Great Conqourer.

28 Januari 2013 ISNIN, perjalanan bermula. sejak dari Dublin, masing-masing berusaha betulkan niat, agar perjalanan tidak menjadi sia-sia. alhamdulillah, walau terpaksa keluar rumah seawal jam 7.30 pagi ke Dublin airport, masing-masing kelihatan sangat teruja menantikan apa yang bakal berlaku. kurang lebih jam 8.15 pagi, kami tiba di airport dan segera check in. alhamdulillah, flight berlepas pada jam 1105 pagi dan tiba di Istanbul kira-kira jam 5 petang. kami bergegas menaiki metro dari Ataturk Havalimani (airport) ke Buyuk Otogar (perhentian bas utama) untuk menaiki bas ke Goreme, salah satu bandar dalam Cappadocia. perjalanan dari Istanbul ke Cappadocia memakan masa 10 jam memandangkan Cappadocia terletak dalam daerah Nevsehir di Central Anatolia. sepanjang malam, kami tidur keletihan di dalam bas menanti dengan sabar bilakah akan tiba ke destinasi. pada masa itu sudah mula terasa asing di Turki memandangkan bahasa menjadi penghalang komunikasi kami.


Ataturk Havalimani, perjalanan bermula

29 Januari 2013 SELASA, 8.30 pagi selamat tiba di Cappadocia. dalam kepenatan sepanjang berada di dalam bas, kami dikejutkan dengan turun salji yang memutih, di atas beg masing-masing. buat kami yang tak pernah merasai bagaimana rasanya berada di bawah timbunan salji yang menebal, kami berasa sangat bersyukur dan teruja. salji turun mencurah-curah seolah-olah menambut kedatangan kami ke Turki. setelah meletakkan beg, pak cik tour guide pun tiba. dia membawa kami ke Goreme open air museum, melihat pembentukan batu yang unik hasil dari letusan gunung berapi. apa yang menariknya di sini, bukit berbatu itu diukir dan ditebuk menjadi rumah dan penempatan di dalam gua. memandangkan Cappadocia ini merupkan salah satu tempat yang mula-mula diduduki oleh orang Kristian, kebanyakan senibina di sini dijadikan gereja. di sini ada banyak pembentukan gua dan bukit berbatu yang menghasilkan bentuk yang unik.





menurut pakcik tour guide, semuanya terhasil secara semula jadi. tapi, kami diingatkan semula oleh jaulahmate bahawa tiada apa yang terhasil dengan sendirinya melainkan Allah ynag berkuasa menjadikan seluruh alam mengikut kehendakNya. bukit berbukau dan gunung ganang menjadi tarikan pelancong ke sini. pembentukan batu yang unik ini merupakan hasil daripada letusan gunung berapi yang membentuk lapisan-lapisan yang cantik.





okay saya tiada perasaan sedikit sewaktu berada di Cappadocia. (shame on you!) yang menarik minat saya hanyalah makanan yang sedap dan menjadi hidangan makan malam kami di sini. roti di Turki tetap menjadi pilihan saya :)




30 Januari 2013 SELASA, perjalanan di Cappadocia diteruskan dan kami masih lagi disajikan dengan keindahan alam ciptaan Illahi. yang uniknya, kami dibawa ke underground city untuk melihat bagaimana orang dahulu kala hidup di bawah tanah. underground city ini saling berhubung antara satu sama lain dan menjadi tempat perlindungan orang kritstian daripada serangan orang Rom. perasaannya masih sama, kagum dengan ciptaan Illahi yang tidak dapat ditandingi oleh manusia.

indeed there have been examples before you, therefore travel in the Earth and see what was the end of rejecters [ali imran: 137]

alhamdulillah perjalanan hari ini lebih menarik kerana diserikan dengan kehadiran pelajar Malaysia dari Mesir yang turut sama berkunjung ke Turki. alhamdulillah banyak yang kami bualkan, dan banyak juga kisah suka duka belajar di luar negara kami kongsi bersama.

alhamdulillah, perkara yang menarik di Cappadocia semestinya kehadiran salji yang menyambut kehadiran kami, pemilik kedai makanan Turki yang sangat mesra dengan kami, roti Turki yang sedap dicicah dengan sup ayam, teh epal Turki yang mengancam, pertama kali merasakan Turkish breakfast, merasakan bagaimana duduk di dalam hotel di dalam gua, dan keindahan bukit berbukau yang sangat lain dari yang biasa saya lihat di Malaysia mahupun di Dublin.



kami tidur awal malam itu kerana perlu bangun awal keesokan hari untuk perjalanan ke Istanbul.

wassalam.

nota: sedang berusaha keras menyambung penulisan entri jaulah turki.tidak tahu bagaimana hendak menyusun ayat. biiznillah

Monday, January 21, 2013

4 bulan

assalamualaikum wbt

''agar kamu tidak bersedih hati atas apa yang luput daripada kamu, dan tidak pula terlau gembira  terhadap apa yang diberikanNya kepadamu. dan Allah tidak menyukai setiap orang yang sombong dan membanggakan diri ''[al hadid:23]

mood exam melanda kami serumah. kalau dulu tak keluar rumah sehari rasa macam cacing kepanasan, sekarang nak keluar rumah tu rasa macam tak sanggup tengok cuaca sejuk di luar dan perlu memakai baju berlapis-lapis. di sini masih lagi musim sejuk. kalau dulu barang rumah tak ada masing-masing tawar diri nak pergi ke kedai pakcik Halal nak beli terus barang rumah, sekarang, tunggulah pihak berwajib (orang yang bertanggungjawab untuk groceries) rajin nak keluar beli roti, telur, sayur dan sebagainya. mujahadah! kalau dulu masing-masing tunjuk bakat lawan siapa yang dapat hasilkan hidangan menijilat jari atau makanan only in Malaysia, sekarang, tak siapa jejak dapur melainkan siapa yang bertugas masak unutk hari itu.

haha dahsyat kan? saya sendiri pun terkejut dengan transformasi ini. memang terasa mood exam. semua orang masuk gua buatan sendiri. adoi, tulah dulu senior dah pesan suruh belajar dari awal, tak nak dengar, sekarang baru lah terkulat-kulat nak duduk kat meja fokus dengan lecture note yang beratus-ratus tu (okay ini memang tak tipu).

alhamdulillah, sehinngga kini, kami masih selamat dan sihat walfiat . sudah hampir ke pengakhiran final exam JC1 2012/2013. tinggal lagi satu paper AS and Histology combined MCQ and SNQ. alhamdulillah alhamdulillah alhamdulillah. Allah tolong banyak sangat alhamdulillah.

mula dengan Anatomy Practical minggu lalu, saya rasa kuat sebab Allah. saya rasa selamat sebab Allah. saya rasa yakin dan masih mampu tersenyum sebab rasa Allah ada. nak tahu bagaimana menakutkannya Anatomy Practical tu, kita sorang-sorang duduk depan dua orang examiner yang akan bagi kita tulang untuk cerita pasal tulang tu. kita akan ditanya (macam interview) segala penyakit yang berkaitan dengan tulang tu. bawak pulak ke spesimen yang telah diawet, cerita pasal susun atur organ dekat spesimen tu. cerita pasal salur darah, saraf dan pelbagai lagi benda yang berkaitan dengan spesimen tu.

dengar cerita orang lain, kena tengok X Ray, kena jumpa pesakit upahan untuk tunjuk cara untuk rasa denyut nadi dan macam-macam lagi. okay lebih dahsyat lagi, ada masa sepuluh minit je untuk semuanya. sepuluh minit yang sangat berharga buat siapa yang telah khatamkan buku Monkhouse, sepuluh minit yang sangat menyeksakan buat siapa yang tak sempat ulangkaji.dahlah saya ni jenis cepat panik kalau cakap depan orang ramai, apatah klagi kalau exam. mashaAllah, alhamdulillah Allah kuatkan saya. bukan kerana saya dapat jawab semuanya, tapi kerana saya masih mampu tersenyum kepada examiner itu dan saya masih mampu tersenyum saat saya keluar dari pintu Anatomy Room itu. alhamdulillah :)

selebihnya, exam bertulis mengikut modul. saya tak reti nak translate modul yang saya belajar jadi Bahasa Melayu, nanti kedengaran pelik dan ridak matang. jadi saya membuat resolusi untuk biarkanlah ia menjadi tanda tanya. alhamdulillah, setakat dua paper bertulis yang telah saya duduki, banyak yang telah saya belajar. belajar untuk yakin bahawa tiada kekuasaan yang lebih hebat berbanding kuasa Allah. tiada tempat bergantung yang lebih kukuh berbanding ALlah. tiada tempat mengadu yang layak kita adukan berbanding Allah al Habib. tiada lain, hanya Allah. (kuatkan saya, daoakan saya)

habis je exam rabu ni, dah sedia list panjang, benda yang bakal dilakukan sebelum bermula JC 2 (Junior Cycle 2). nak kemas rumah, nak jalan-jalan pergi Reads, minum bubble tea, minum milkshake, jalan-jalan kat City keluar masuk kedai window shopping, pergi Dundrum, picnic dekat Houthe, nak habiskan Omar the Series, nak khatamkan 100 Names and the list goes on. (not all of them are on my list. i took some from my friends')

but one thing most important, nak belajar tentang manusia. ayah dah pesan untuk tengok Video Dr Zakir Naik and Yusof Estes'. bukak hati sakinah, untuk kenal manusia. bukan manusia dalam persekitaran anda sahaja, malah seluruh umat manusia yang sedang nazak ni.

alhamdulillah, esok juga, genap 4 bulan berada di Ireland. maknanya? tiada makna apa-apa melainkan syukur kepada Allah sebab masih kuatkan saya di sini. syukur kepada Allah sebab kurniakan saya kesihatan selama saya berada di sini. syukur pada Allah sebab hantar saya ke sini from the very beginning. SYUKUR

and, final exam pun hampir berakhir.jadi kita enjoy!eheh bukan maksudnya, sakinah, silalah reflect apa yang telah berlaku speanjang berada dalam JC1 (Junior Cycle 1). silalah ambil pengajaran daripada apa yang telah berlaku. silalah perbaiki diri dan elakkan dari melakukan kesalahan yang sama. kerana, siapa yang dirinya hari ini sama seperti semalam, dialah orang yang rugi.

wassalam.


nota 1: lagi satu paper sakinah, jangan gembira sangat
nota 2: semalam salji mula turun.sedikit je.tapi cukuplah untuk merasa. terasa lapang sedikit hati waktu tu. Allah nak tunjuk kuasaNya kan? oh and ada akak tu bersusah payah telefon saya untuk beritahu salji dah turun :) (she might be reading this OR SHE MIGHT NOT) jazakillah khair akak sebab ingat saya and sudi share the joy dengan saya.cheesy sangat ke?ukhuwah fillah kot doa sampai ke syurga!
nota 3: time to turn over a new leaf. bukak diari 2013 dan start planning untuk tahun ini. moga dengan bertambah usia, bertambah juga amal kita inshaAllah. yosh jom usaha :)
nota 4: haritu pergi UK before 2012 ended. to be specific, Manchester and Sheffield. winter gathering. PMS.thought would like to share something about it. but maybe not now :) doakan.
nota 5: mujahadah!! (banyaknya nota, banyaknya nak cerita)